Kumpulan EMAS Simpanan Pekerja (KESP) ???
Menarik bukan tajuk di atas?? Lebih menarik lagi jika ia berjaya direalisasikan menjadi nyata.
"Kajian menunjukkan bahawa simpanan WANG dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun hanya mampu bertahan tiga tahun sahaja."
Sedarkah  anda bahawa simpanan KWSP untuk anda ketika bersara nanti hanya mampu  untuk menampung hidup selama 2 atau 3 tahun sahaja. Beberapa tahun yang  lalu heboh diperkatakan di dada2 akhbar bahawa wang simpanan KWSP  sebanyak RM 1 juta dapat menjamin pesara untuk bersara dengan selamat  dan selesa. Persoalannya mampukah simpanan KWSP RM 1 juta dalam bentuk fiat money mencapai nilai yang selamat sedangkan INFLASI makin rakus meratah nilai wang kita hari demi hari... 
Oleh itu perancangan kewangan amat penting. Pakar kewangan menyatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM 5 juta Cuba conggak wang simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Harus diingat INFLASI merupakan musuh utama kepada semua pelabur. Kadar INFLASI di Malaysia ketika ini adalah sekitar 8% atau mungkin juga lebih. Jika kita menconggak mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM 5 juta ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna kita sebagai penyimpan dan pelabur perlu mengandakan lagi jumlah wang simpanan kita!
Justeru  apakah aset bernilai yang selamat untuk dijadikan simpanan bagi  menangkis serangan INFLASI??? Ya jawapannya ialah simpanan dalam bentuk  EMAS. Sekiranya simpanan emas ini dilakukan sudah pasti masalah miskin  selepas pencen tidak akan berlaku. Anda boleh bersara dengan perasaan  yang tenang, selamat dan selesa dengan adanya simpanan emas. Ini kerana  harga emas semakin meningkat dan berkembang dengan sendirinya tanpa  dimamah INFLASI. Nilainya akan beranak pinak (compounding) dengan  sendirinya tanpa perlu anda bersusah payah untuk menambah simpanan  seperti wang kertas.
Dahulu saya pernah terdengar ada ura-ura dan cadangan menyarankan bahawa KWSP perlu melakukan simpanan dalam bentuk emas kepada pekerja-pekerja yang mencarum dengannya. Saya beranggapan langkah tersebut dilihat amat wajar untuk dipraktikkan kerana di Negara China sendiri, kerajaannya telah menggalakkan rakyatnya untuk menyimpan 5 % dari simpanan mereka dalam bentuk emas.
Dahulu saya pernah terdengar ada ura-ura dan cadangan menyarankan bahawa KWSP perlu melakukan simpanan dalam bentuk emas kepada pekerja-pekerja yang mencarum dengannya. Saya beranggapan langkah tersebut dilihat amat wajar untuk dipraktikkan kerana di Negara China sendiri, kerajaannya telah menggalakkan rakyatnya untuk menyimpan 5 % dari simpanan mereka dalam bentuk emas.
Manakala  di Jepun pula, mereka mempunyai satu sistem dimana para pelabur di  Negara matahari terbit itu boleh menyimpan dan mengumpul emas secara  bersistematik dari masa ke semasa. Sistem yang dimaksudkan ialah “Gold Accumulation Plan” atau singkatannya GAP.  Menarik bukan?? Anda bayangkan alangkah bertuahnya kita sekiranya KWSP  melakukan dan meniru sistem yang serupa seperti di Jepun. 
Bukankah dahulu kita sering dicanang dengan Dasar Pandang ke Timur?? Jika kita boleh mempelajari teknologi Jepun mengapa tidak kita juga mempelajari dan mengimplementasikan sistem GAP tersebut di Malaysia.
Untuk  mengharapkan sistem tersebut menjadi kenyataan di Malaysia mungkin akan  mengambil masa yang lama. Jadi apa kata jika kita mula menyimpan duit  hasil penat lelah dan titik peluh kita dalam bentuk emas. Ini kerana  emas bukan suatu barang atau produk yang susut nilai, sebaliknya  nilainya sering meningkat dari masa ke semasa. 
Anda bayangkan sendiri, jika anda mempunyai RM sejuta dalam bentuk simpanan wang kertas sekarang, 10 tahun kemudian nilainya tidak mungkin sama dengan sekarang. Tetapi sekiranya anda menyimpan RM sejuta dalam bentuk EMAS sekarang, 10 tahun kemudian nilainya pasti akan berganda-ganda melebihi nilai RM sejuta yang anda ada sekarang.
Anda bayangkan sendiri, jika anda mempunyai RM sejuta dalam bentuk simpanan wang kertas sekarang, 10 tahun kemudian nilainya tidak mungkin sama dengan sekarang. Tetapi sekiranya anda menyimpan RM sejuta dalam bentuk EMAS sekarang, 10 tahun kemudian nilainya pasti akan berganda-ganda melebihi nilai RM sejuta yang anda ada sekarang.
Jadi tunggu apa lagi?? Bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini menentukan masa depan anda semua. Simpanlah dalam bentuk emas kerana...
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN HIDUP ANDA
Untuk Tempahan:
Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Hj. Abd Wahab : 019-4452267
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos
