Ramai orang yang dah melabur dan mendapat pulangan bertahun-tahun dengan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).Tapi, yang kurang enaknya, Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa pelaburan ASB adalah haram.
Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan. Ada banyak instrument pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex, Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.
Ramai sebenarnya masyarakat kita masih 
kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi. 
Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya,
 beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri 
sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup 
buat personal loan lagi. Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi 
mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa  menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.
Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.
1. Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
2. Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.
Dan kalau diikutkan dengan situasi 
sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas
 untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah 
terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Namun
 di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang 
sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa 
panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, 
ramai yang memilih pelan  yang ke-2 iaitu pinjaman ASB (loan ASB). 
Antara alasannya :
1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
3. Dapat dividen juga
Baiklah, kami ambil satu situasi di mana
 Encik Ahmad, ingin membuat Pinjaman ASB (loan ASB) sebanyak RM 30,000 
dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini
 kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan 
Bayaran  Bulanan untuk pinjaman ASB (loan ASB) ini.Perhatikan pada 
bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 
6.30%.
Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun
 dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen 
adalah 8.75%. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan
 dengan peratus dividen.
RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625
RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625
Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.
RM 171 x 12 bulan = RM 2052
RM 171 x 12 bulan = RM 2052
Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :
RM 2625 – RM 2052 = RM 573
RM 2625 – RM 2052 = RM 573
Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak 
tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda 
dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal 
pinjaman ASB anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun 
kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 
tahun.
RM 2052 x 25 tahun = RM 51300
RM 2052 x 25 tahun = RM 51300
Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya
 kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda  bakal perolehi 
termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi 
selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound 
Interest”  di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan 
ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk 
dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.
Formula compound interest adalah:
- A=P(1+r/n)nt
 - Di mana:
 - A=Jumlah wang yang diakumulasi
 - P= Amaun pinjaman
 - r=kadar interest
 - t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
 - n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini
 
Hasilnya adalah seperti di bawah:
A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:
RM 244,260.31!
Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam 
masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah 
RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan 
anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda 
sebenar adalah :
RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31
Jadi, inilah keuntungan yang anda buat 
setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini 
diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung
 tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung 
tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai. Ada juga 
yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja 
dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit 
dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk 
tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.
Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:
- Kadar Base Lending Rate (BLR)
 - Kadar Dividen ASB
 
Kedua-dua kadar ini sentiasa 
berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan 
juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75%, 
tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini 
(yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan 
merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah 
tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8%, dividen ASB 
diumumkan hanya 7.25%. Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu 
menambah pula di bank.
Baiklah, sekarang cerita pasal simpan 
duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 
sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 
8.75%. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa
 25 tahun tersebut?
Sekali lagi formula “Compound Interest” 
 memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun 
adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah 
membuat pinjaman ASB (loan ASB)
 bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu 
membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak
Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah 
lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan 
bahawa kaedah pinjaman ASB juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank 
lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar 
komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB, maka kami andaikan 
bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke 
dalam akaun anda.
Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.
1) Pinjaman ASB (loan ASB)
Pro:
- Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
 - Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.
 - Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
 - Pinjaman anda di insuranskan
 
Kontra:
- Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
 - Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
 - Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
 - Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.
 
2) Simpan Sendiri
Pro:
- Future Value yang lebih banyak
 - Tak kena charge bank
 - Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.
 
Kontra:
- Masalah disiplin dalam menyimpan.
 - Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
 
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan 
kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin
 nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak 
relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh
 dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB 
contohnya. Namun dalam zaman internet
 ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran 
secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional 
sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun 
ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?
Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
Ini Pelaburan Emas Pula .......
Kalau nak lebih menguntungkan mari kita laburkan Pinjaman ASB ke dalam pelaburan  Emas pula pasti lebih menguntungkan. 
UNTUK LEBIH JELAS LAGI MARI KITA LIHAT VIDEO INI
_________________________________________________________
KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA:
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228



