Nasrudin bin Hassan
1. Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman menjangkakan Malaysia akan mengalami kesan langsung yang agak teruk ekoran krisis Euro yang melanda Eropah. Jangkaan ini berasaskan kebimbangan beliau kepada kedudukan negara kita Malaysia yang berada dalam kelompok ekonomi lemah justeru pula negara kita banyak bergantung kepada komoditi.
2. Subbaraman  menegaskan 
Komoditi yang akan merosot parah ekoran serangan krisis  ekonomi yang 
melanda Eropah tersebut ialah Getah dan Sawit dengan kadar  penurunan 15
 peratus tatkala bank Eropah mula bertindak ke atas  pelanggan - 
pelanggannya.
3. Realiti ini sewajarnya mengalih  semula pandangan kerajaan agar segera mungkin mengamalkan sistem  matawang Islam iaitu Wang Dinar. Wang Dinar adalah sejenis mata wang  yang berasaskan nilai emas dan tentunya ia lebih kukuh dan stabil  berbanding wang kertas. Malaysia mesti mempunyai pelan yang eksterim  untuk bebas dari pergantungan dengan Euro dan Dollar lalu
 menggunakan  mata wang sendiri iaitu matawang Dinar. Saya lihat sudah 
tiba masanya  dan Malaysia tidak boleh berdolak dalih lagi. Kesannya 
sangat parah jika  hanya banyak bergantung kepada Euro ataupun Dollar.
4.  Saya  juga menyarankan agar 
Malaysia sepantasnya mengambil langkah berjaga -  jaga dengan krisis 
ekonomi yang bakal melanda. Bermula sekarang, kawalan  belanja dan 
aliran keluar wang negara mestilah dipastikan agar tidak  larut dan 
hangus tanpa pulangan wajar dan setanding kos yang dilaburkan.  Samaada di dalam atau di luar negara.
5. Asasnya negara mesti  
mempunyai keupayaan pada pembendaharaannya yang mampu dijana pada bila -
  bila masa untuk menampung situasi tekanan apabila aset negara cair dan
  kering akibat di"jemur" dan di"apung" oleh bank - bank Eropah kelak di  saat mereka berdepan krisis Euro yang melanda.
6. Negara juga  mestilah cepat belajar untuk mengamalkan "ekonomi taqwa" yang  menghindarkan negara dari riba, rasuah dan monopoli, begitu jua dengan  "ekonomi qanaah" yang tidak didorong oleh kerakusan dan ketamakan yang  kelak akan mengembalikan musibah kepada kita semua.
7. Sebagai  contoh, semua rakyat
 mengetahui bahawa rasuah adalah musuh pembangunan  dan pertumbuhan 
ekonomi negara. Bahkan rasuah bakal mengheret negara  menjadi mundur dan
 ketinggalan jauh di belakang.
a] Pertama
 kesan  pada material yang dibangunkan seperti runtuh, bocor, tidak 
berkualiti  serta tidak menepati standard dan sebagainya lantas ia 
membawa musibah  serta kerugian yang tidak sedikit kepada negara dan 
rakyat.
b]  Kedua
 kesan kepada sumber manusia yang akan membangunkan ekonomi itu  
sendiri. Ia melahirkan manusia yang korup, murahan dan boleh dibeli  
serta dinilai serendah mata wang kertas. Maruah dan harga diri manusia  korup boleh ditimbang kilo setaraf daging mentah di Pasar Tani.
8.  Ekonomi Taqwa juga adalah
 sekelas ekonomi yang menolak pembaziran,  monopoli, dan kitaran terhad 
keuntungan dan perolehan negara pada tahap  tertentu seperti golongan 
elit pemerintah dan sebagainya tanpa cergaskan  arus alirannya kepada 
semua peringkat rakyat agar graf kehidupan rakyat  bebas dari cengkaman 
miskin apatah lagi faqir. Rakyat yang miskin telah  diketahui umum 
akan memiliki upaya dan kuasa belanja yang sangat rendah  dan minima. 
Fenomena ini tentunya tidak membantu pertumbuhan ekonomi  negara 
terutama saat berdepan krisis yang melanda.
9. Penyeliaan  pada sumber 
ekonomi negara agar tiada pencerobohan dan penggunaan lebih  aras kawal 
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mesti dikuatkuasa  dengan jujur 
dan telus. Justeru kelak ia akan memberi kesan langsung  kepada 
pembendaharaan atau kantung negara. Mungkin kesannya tidak di  zaman 
kita tetapi masa depan ekonomi negara akan terus lembab dan suram  andai
 tiada penguatkuasaan yang benar - benar telus tanpa bolos.
10.  Saya menasihati diri saya dan menyeru semua pihak yang terdiri dari  alim
 ulama' , pemimpin negara, pemimpin parti - parti politik, pemimpin  
masyarakat dan seluruh rakyat agar banyakkan solat hajat, mengeluarkan  
zakat kepada yang memerlukan, bersedekah, munajat dan bertawakkal kepada
  Allah swt. Elakkan dari sebarang aktiviti mungkar dan maksiat yang  
mengundang murka Allah swt. justeru Allah ar Razzaq akan melimpah  turunkan rezekinya kepada hambaNya yang taat dan sabar.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
YB Datuk Paduka Husam Musa - Seminar Dinar Emas UM Part 1.mpg
JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD 
atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
INTRODUCER ANDA
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
