Khamis, 15 Disember 2011

Harga Jatuh …. apa yg perlu di buat

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]


Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM716. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar… Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas.

Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah!


Harga Jatuh, Untung atau Rugi?
Bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang kalian simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapanya, tak berkurangan walaupun 1 gram. Adakah anda rugi, bila harga emas jatuh? Pastinya tidak! Sama juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!

Ok, kalau sahabat invest dalam saham contohnya, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma ‘janji’ kekayaan yang ada atas kertas.

Jadi,  bagi sesiapa yang simpan ‘real property’, dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma ‘assumption’ yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi apa pun. Untuk Jangka Panjang, Kita ‘Confirm’ Untung.

Satu lagi yang kita kena ingat, bagi sesiapa yang simpan untuk long-term (minimum setahun), dia tak risau harga emas jatuh, bahkan dia lagi happy tengok kejatuhan harga emas. Masa saya pertama kali beli emas (2 Oktober 2011), harga 1 Dinar cuma RM616. Bulan Ogos 2011, harga 1 Dinar naik hingga RM833. Lepas dikatakan harga emas jatuh merudum pada 15/12/2011, 1 Dinar harganya RM716! Sekarang berapa banyak saya rugi?

Harga Jatuh, Apa Nak Buat?
Bila harga jatuh, strategi yang boleh kita buat ialah:

Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash yang tak pakai dalam masa 3 – 6 bulan akan datang. Harga rendah macam ni tak akan lama. Paling lama pun 3 – 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga tertinggi.

Saya yakin teknik ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb.

Bahkan, Mike Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!
Wallahu a’lam.

JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267