Khamis, 6 Oktober 2011

5 Sebab kenapa perlu melabur dalam emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.


. Low – USD 255.39
· High – USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

5) Tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
 
Untuk Tempahan:
Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Hj. Abd Wahab 019-4452267
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos

sumber : lygold.blogspot.com

Semalam adalah Sejarah..

Kalau 11 September adalah satu tragedi kepada US suatu ketika dulu..tapi 10 September pula adalah satu detik permulaan akan perubahan dalam hidup saya. Kalau anda terbaca artikel yang saya tulih sebelum2 ni..10 September 2009 lah tarikh di mana saya mula terjerumus dengan emas ini!!
Alhamdulillah, bermula dengan 1 dinar, dan akhirnya kini jumlah emas itu telah bertambah. Sedar tak sedar jumlah dealer/agen dibawah inpirasiemas juga telah meningkat!!

Jom kita buat sedikit calculation!

Pada 10 September 2009. 1 dinar = RM496.00
Jom kita tengok harga emas 1 dinar selepas 2 tahun.


1 dinar pada 10 September 2011 = RM810.00
Ok, brapa % keuntungan selepas 2 tahun??
= RM810-RM496 x 100%
RM496
=63.3%

Nampak tak??? dalam masa 2 tahun saje kenaikkan harga emas sebanyak 63%!!!!! Yang mana membawa maksud sebanyak lebih 30% setahun kenaikkan harga emas!!
Kalau sekeping emas 1 dinar saya dah untung RM314 untuk 2 tahun ni..tapi kalau ade berkeping2?? Ha..kira la sendiri :)


Zakat
Bila bercakap pasal emas, saya yakin mesti ada dikalangan kita akan tertanya2, zakat macam mana?? Ok, cakap bab zakat ni, jika sekiranya emas kita tu dah melebihi 85 gram, baru la kita akan dikenakan zakat. 85 gram ni lebih kurang 20 dinar..
Ala, apa salahnya bayar zakat. 2.5% saje dari keuntungan kita. 30%- 2.5% ada lagi 27.5% :)
Nasihat
Ok la, kepada anda yang dok terfikir2 bila nak mula beli emas ni? nak tunggu harga emas turun atau nak tunggu harga emas naik? Bagi saya, elokla kalau kita beli emas tu bila kita ada duit. Sebab kalau dok tertunggu2, mesti duit yang ada tu terus pegi beli sport rim ke, aquarium ikan ke..dan lain2 la..haha..Sebab memang dah jadi lumrah kita, bila ade cash, kita akan ada satu perasaan nak beliiii je..betul tak? so bila kita ade emas, setidak2nya, tahap kecairan wang kita tu akan berkurang..sebab duit tadi dah jadi ketul emas..dah jadi aset!

Sekian, Assalamualaikum..

Kewajipan Ber- Zakat

Rukun Islam Ke-empat
  
Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34) 

 
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

HIKMAT ZAKAT 1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru). 5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.

Selamatkan Nilai Harta Anda Daripada Inflasi.

Fakta kenaikan harga emas tanpa INFLASI …Purata 15%
Tahun: 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008
% naik: 2.80%, 9.50%, 17.7%, 10.2%, 20.0%, 3.40%, 26.7%, 12.9% 


10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.
 
1. Tiada susut nilai dan inflasi.
Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM570 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35, dulu mahal lagi.

2. Bernilai kerana ia logam.
Duit kertas dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.

3. Laku dan diterima di seluruh dunia pada setiap masa.
Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau. Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas terus tidak bernilai.

4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan.
Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

5. Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar.
Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini. Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6. Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia.
Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.  Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

7. Layak kena zakat.
Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.
Khilaf ulamak. Ada kata kena, ada kata tak. (rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah.8. Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan. Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata, teknologi dan sebagainya. 

9. Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.
Rujukhttp://www.kitco.com/
Wang ringgit susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%, tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.

10. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Wang kertas adalah alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong di belakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.

JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD
atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
INTRODUCER ANDA
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267