Zakat Emas dan Perak 
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah: 
(a) milik orang Islam; 
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;  
(c) hak milik sepenuhnya; 
(d) cukup nisab; 
(e) genap setahun.
Firman Allah S.W.T.: 
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak  dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka  beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. 
(Surah At-Taubah: Ayat 34) 
  
 2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g. 
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar) 
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun  dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%. 
3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram. 
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun. 
HIKMAT ZAKAT 1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:  
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam; 
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam; 
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni; 
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan; 
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri,  sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama. 
2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam: 
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya; 
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam; 
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam. 
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni; 
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku; 
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam. 
3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:  
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam; 
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang  berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang  Islam; 
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan; 
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah  dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan  mereka. 
4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat: 
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti  jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan  lain-lain; 
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran; 
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup. 
ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 1. Orang fakir; 
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas. 
2. Orang miskin; 
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.  
3. Amil; 
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat. 
4. Mualaf; 
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru). 5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya. 
6. Orang yang berhutang. 
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T.. 
8. Musafir yang terkandas.