Bagi sesetengah company, mereka menjual emas, tapi tak dapat pon emas tu..cuma dapat resit saje..emas tu ada kat bank/arrahnu..
Ade sesetengah dealer, diorg jual emas, tapi tak dapat resit..hanya dapat emas ( dan certificate, bergantung kepada sesetengah company) ada jugak cmpany yang jual emas dapat resit, dapat emas, dapat certificate.
Penting atau tidak resit itu kepada customer??
Ok kalau tanya saya, saya lebih suka memberi resit kepada customer setiap kali saya menjual emas ni.
Kelebihan kepada customer:
1. Customer akan rasa confident sebab dapat resit (biasanya customer yang baru 1st time beli)- Memandangkan emas boleh dianggap suatu barang yang berharga, dan boleh dikatakan mahal, sudah pasti kita sebagai pembeli inginkan sesuatu resit untuk barangan tersebut. Bila dah dapat resit baru la rasa yakin sikit dengan barangan yang dealer tu jual! betul kan?
- Bila ada resit, kita dapat cek balik harga emas masa kita beli dulu..sebab kita bukannya mampu nak ingat harga emas yang kita beli 2-3 tahun lepas.
- Bila dah ade resit, kita dapat buat keputusan sama ada nak jual atau tak emas yang pernah kita beli tempoh hari
- Saya pun suka simpan resit pertama emas yang saya beli..saja buat kenangan..hehe..kot kot la nak tunjuk kat anak cucu nanti..
1. Profesional
- Bila kita deal dengan emas ni, lagi elok kalau kita buka resit untuk customer. Sebab customer akan lebih “yakin” dengan barang yang kita jual. Jadi secara tak langsung perniagaan emas kita akan lebih berjaya dan berkembang.
- bila dah ada rekod ditangan, kita boleh trace @ call semula customer yang penah beli dengan kita. Contoh, katakan En Ismail penah beli emas pada harga RM630 untuk sekeping 1 dinar pada bulan Oktober 2010. Sekarang ni harga “PG Buy” dah cecah RM700++ sekeping, jadi kita boleh call En Ismail balik, dan tanya dia, ada rasa nak jual balik emas dia ke?
Untuk makluman anda semua, bagi emas Public Gold, apa yang penting hanyalah Emas dan juga Certificate dan resit tidak akan diminta semasa proses jualan semula emas kita kepada dealer ataupun direct kepada Public Gold.
Jadi, terpulanglah kepada si Dealer atau si customer sama ada mahukan resit atau tidak..
Kepada dealer, resit tersebut boleh dibeli di Public Gold ya..
Sekian, Assalamualaikum..
Ditulis oleh : Amir Firdaus