Zaharuddin Abd Rahman
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana
pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank?
Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan
melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun
Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika
mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh
dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh
dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja
adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya
telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service
1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas
ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak
dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak
menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan
positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang
mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi
mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan
maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut
:-
Apabila
seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia
bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila
harga emas meningkat.
Oleh
kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini
bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman
kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti
berikut :-
• HARAM DAN BATAL :
Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli
daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga
pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank
telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba
telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai
contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli
emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan
sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah
anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu
memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah.
Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.
Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam
bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang
telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut
emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini
bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit
fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai
tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di
sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah
melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank
terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun
pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA :
mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak
pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka.
Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah
diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis
Syariah bank berkenaan.
Apabila
kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad
simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah
jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud
saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa
yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih
pelanggan yang berlainan.
Pelanggan
Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah
Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di
kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja.
Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja
yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL :
Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan
sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam
bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal'
tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan
juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar
Abu Ghuddah.
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun
akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan
sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas
fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan
beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti
pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala
itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi
sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih
dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun
pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim
pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan
tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini
kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya
berada di perantauan.
Jika
anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya
utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan
tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua
persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
________________________________________________________
KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI KAMI......
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
HUBUNGI KAMI......
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228