
        
                     
Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas kaum  India  menyambut perayaan pesta cahaya atau Deepavali dan diikuti umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban yang pasti ramai kalangan umat Islam akan membelanja wang untuk kerja ibadah Qurban. 
 
 
 
 
Apa kaitannya dengan post kali ini?
 
Tahukah anda hampir setiap tahun, trend  harga emas hampir sama dan macam biasa, kalau hampir sambutan sebarang perayaan , harga emas akan turun sedikit berbanding harga bulan terdahulu  sebelum naik semula.
 
Mengapa ini terjadi?
 
Kuasa pengguna emas dunia  memang memberi impak juga kepada harga semasa emas. Terutamanya apabila  menjelang perayaan atau festival yang diadakan sepanjang tahun dan  paling ketara semasa hari perayaan terutama Deepavali. Tujuan utama festival ini agar dapat  menawarkan harga emas yang lebih murah dengan melibatkan lebih ramai  penjual. Satu lagi perayaan ialah Aksaya Tritiva yang disambut penganut  Hindu dan ianya berkaitan dengan emas. Ia juga dikenali sebagai Akha Teej  dan merupakan Festival of Gold mereka yang sebenar. Kebiasaanya ia  disambut pada bulan Mei setiap tahun. 
Faktor lain yang merangsang  penggunaan emas di dunia ialah budaya perkahwinan yang menjadikan emas  sebagai salah satu item yang wajib. Musim perkahwinan dari November  -Disember  dan dari penghujung Mac-Mei. Ketika ini permintaan terhadap  emas sangat tinggi dan boleh menyebabkan harga emas naik atau turun  bergantung pada situasi ketika itu.
 
 
 
 
Harga lebih rendah,tunggu atau beli?
 
Harga minggu lepas paling rendah telah  turun sehingga 1600+usd/0z. Produk PG contohnya 10 berharga RM1814 pada  waktu ini. Ramai juga yang telah memilih untuk membeli ketika harga ini  dan tak kurang mengambil peluang untuk menjadi pengedar emas. Tindakan  yang bijak dan pasti tidak merugikan. Simpanan emas umpama magnet yang  menarik kekayaan kepada anda. Dan ia juga mengelakkan anda dari kebocoran  wang. Biasanya penyimpan emas jarang terlibat dengan skim, scam mahupun  aktiviti-aktiviti perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tak  munasabah.
 
 
  
Kalau anda beli, kemudian harga turun, adakah rugi?
 
Tidak sama sekali. Emas adalah simpanan  jangka masa panjang, dan anda hanya akan rugi kalau jual. 
Buat apa jual!! Melainkan anda memang terdesak dan tak ada tunai /simpanan  kecemasan. Emas bukan untuk dibeli hari ini dan jual esok, minggu depan  atau tahun depan. Namun tak dinafikan, ada masa anda boleh guna cara  ini, contohnya anda merancang kahwin tahun hadapan dan ada sejumlah  wang. Better beli emas dan tahun hadapan jual, namun cara ini memerlukan  anda memilih waktu yang sesuai dan perancangan yang rapi berdasarkan  trend pergerakan harga emas serta perlu sedikit analisis.
 
Risikonya jika anda beli dan  mengharapkan harga emas terus naik sedangkan dalam setahun harga emas  ada turun naik,dan dengan sedikit ilmu anda dapat memilih dan merancang  masa untuk menjual.Jadi tidak ada istilah rugi dalam simpanan emas ini  kerana satu masa anda mungkin sudah tidak ingat harga yang anda beli  sekarang ini.
 
Jika harga emas turun lagi, apakah  tindakan anda? Jawapannya ialah Kita Beli Emas. Maksudnya kita tambah stok  simpanan emas anda. Dan anda untung bila kira dari segi pemurataan kos (  cost averaging).
 
Bila harga emas turun, ada orang yang suka dan ada orang yang tak suka.
 
Orang yang suka biasanya suka sebab  dapat tambah stok dan beli dengan harga lebih murah. Orang yang tak suka  sebab tak sabar nak tengok harga emas terus naik dan ada orang yang  rasa nak jual pada masa tersebut tapi rasa rugi.
Beli dulu dan tunggu atau tunggu dulu baru beli?
Ada orang yang tak kisah beli emas  bila-bila masa kerana tidak ada masa untuk memantau harga emas dan  memikirkan ianya adalah untuk simpanan jangkamasa panjang.Jika golongan  yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru nak beli),risiko yang  mungkin dihadapi ialah :
1.Terlepas harga yang anda inginkan kerana tidak sempat lock (tempah) harga tersebut 
2.Semasa harga rendah tersebut, anda sudah kehabisan wang untuk membeli 
3.Waktu harga rendah, fikiran anda pula  berubah untuk menggunakan wang yang asalnya untuk beli emas, kepada  perkara lain yang tidak berfaedah.
Namun jika anda mempunyai masa untuk  memantau harga emas ini dan mahukan harga terbaik, anda mempunyai hak  untuk berbuat demikian. Pilihan lain, anda mungkin boleh berpesan kepada  dealer anda supaya bagi hint jika harga agak menarik. Tapi janganlah  mengharapkan ramalan itu 100% tepat kerana kita hanya mampu menjangka  dan seeloknya ikutlah gerak hati  dan buat keputusan sendiri supaya  tidak menyalahkan antara satu sama lain.
Kesimpulannya, belilah sewaktu :
1.Ada cash
2.Semasa harga rendah
3.Belian bulanan secara konsisten,contohnya 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10gram 
Sekian, jumpa lagi.. Insyaallah
Berminat ? Sila Hubungi Kami Segera..!!
Abd Wahab (wabillah) : 019-4452267
Wan Nodrim : 019-4442267 
Tunku Azilah : 012-4645228