Khamis, 8 Disember 2011

Krisis Ekonomi : Aktifkan Dinar Emas

Nasrudin bin Hassan

1. Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman menjangkakan Malaysia akan mengalami kesan langsung yang agak teruk ekoran krisis Euro yang melanda Eropah. Jangkaan ini berasaskan kebimbangan beliau kepada kedudukan negara kita Malaysia yang berada dalam kelompok ekonomi lemah justeru pula negara kita banyak bergantung kepada komoditi.

2. Subbaraman menegaskan Komoditi yang akan merosot parah ekoran serangan krisis ekonomi yang melanda Eropah tersebut ialah Getah dan Sawit dengan kadar penurunan 15 peratus tatkala bank Eropah mula bertindak ke atas pelanggan - pelanggannya.

3. Realiti ini sewajarnya mengalih semula pandangan kerajaan agar segera mungkin mengamalkan sistem matawang Islam iaitu Wang Dinar. Wang Dinar adalah sejenis mata wang yang berasaskan nilai emas dan tentunya ia lebih kukuh dan stabil berbanding wang kertas. Malaysia mesti mempunyai pelan yang eksterim untuk bebas dari pergantungan dengan Euro dan Dollar lalu menggunakan mata wang sendiri iaitu matawang Dinar. Saya lihat sudah tiba masanya dan Malaysia tidak boleh berdolak dalih lagi. Kesannya sangat parah jika hanya banyak bergantung kepada Euro ataupun Dollar.

4. Saya juga menyarankan agar Malaysia sepantasnya mengambil langkah berjaga - jaga dengan krisis ekonomi yang bakal melanda. Bermula sekarang, kawalan belanja dan aliran keluar wang negara mestilah dipastikan agar tidak larut dan hangus tanpa pulangan wajar dan setanding kos yang dilaburkan. Samaada di dalam atau di luar negara.

5. Asasnya negara mesti mempunyai keupayaan pada pembendaharaannya yang mampu dijana pada bila - bila masa untuk menampung situasi tekanan apabila aset negara cair dan kering akibat di"jemur" dan di"apung" oleh bank - bank Eropah kelak di saat mereka berdepan krisis Euro yang melanda.

6. Negara juga mestilah cepat belajar untuk mengamalkan "ekonomi taqwa" yang menghindarkan negara dari riba, rasuah dan monopoli, begitu jua dengan "ekonomi qanaah" yang tidak didorong oleh kerakusan dan ketamakan yang kelak akan mengembalikan musibah kepada kita semua.

7. Sebagai contoh, semua rakyat mengetahui bahawa rasuah adalah musuh pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Bahkan rasuah bakal mengheret negara menjadi mundur dan ketinggalan jauh di belakang.

a] Pertama kesan pada material yang dibangunkan seperti runtuh, bocor, tidak berkualiti serta tidak menepati standard dan sebagainya lantas ia membawa musibah serta kerugian yang tidak sedikit kepada negara dan rakyat.

b] Kedua kesan kepada sumber manusia yang akan membangunkan ekonomi itu sendiri. Ia melahirkan manusia yang korup, murahan dan boleh dibeli serta dinilai serendah mata wang kertas. Maruah dan harga diri manusia korup boleh ditimbang kilo setaraf daging mentah di Pasar Tani.

8. Ekonomi Taqwa juga adalah sekelas ekonomi yang menolak pembaziran, monopoli, dan kitaran terhad keuntungan dan perolehan negara pada tahap tertentu seperti golongan elit pemerintah dan sebagainya tanpa cergaskan arus alirannya kepada semua peringkat rakyat agar graf kehidupan rakyat bebas dari cengkaman miskin apatah lagi faqir. Rakyat yang miskin telah diketahui umum akan memiliki upaya dan kuasa belanja yang sangat rendah dan minima. Fenomena ini tentunya tidak membantu pertumbuhan ekonomi negara terutama saat berdepan krisis yang melanda.

9. Penyeliaan pada sumber ekonomi negara agar tiada pencerobohan dan penggunaan lebih aras kawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mesti dikuatkuasa dengan jujur dan telus. Justeru kelak ia akan memberi kesan langsung kepada pembendaharaan atau kantung negara. Mungkin kesannya tidak di zaman kita tetapi masa depan ekonomi negara akan terus lembab dan suram andai tiada penguatkuasaan yang benar - benar telus tanpa bolos.

10. Saya menasihati diri saya dan menyeru semua pihak yang terdiri dari alim ulama' , pemimpin negara, pemimpin parti - parti politik, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat agar banyakkan solat hajat, mengeluarkan zakat kepada yang memerlukan, bersedekah, munajat dan bertawakkal kepada Allah swt. Elakkan dari sebarang aktiviti mungkar dan maksiat yang mengundang murka Allah swt. justeru Allah ar Razzaq akan melimpah turunkan rezekinya kepada hambaNya yang taat dan sabar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

YB Datuk Paduka Husam Musa - Seminar Dinar Emas UM Part 1.mpg


JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD
atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
INTRODUCER ANDA
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267