Khamis, 13 Oktober 2011

Kelebihan Emas

Kelebihan Emas


Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? Apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? 


Pandangan Pakar ekonomi menyatakan, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu

Ini memberi kebebasan kepada anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya , lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur di dalam emas adalah:

1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.
2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa

4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
    5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu

    6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh, harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi  .... 

    “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

    7. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
      8. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga

      9. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
        10. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu

        11. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
          12. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram

          13. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
            14. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan

            15. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
              16. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan

              17. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
                18. Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes

                19. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
                  20. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka

                  21. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
                    22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup

                    23. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
                      24. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup mesin ATM?

                      25. Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
                        26. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi

                        27. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
                          28. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas

                          29. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
                            30. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..


                            Sekadar itu dahulu dapat disenaraikan tentang kelebihan emas dalam kehidupan harian kita.

                            Untuk Tempahan:
                            Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
                            Hj. Abd Wahab 019-4452267
                            Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos