Sabtu, 8 Oktober 2011

Baru nak mengenal tentang emas pelaburan….

Assalamualaikum

Kepada mereka yang baru nak mengenal tentang emas pelaburan, mungkin anda mempunyai soalan2 seperti berikut:
  1. Macam mana nak tengok harga emas, sebab dalam website ada dua harga (We buy & We Sell)
  2. Bilakah masa yang sesuai untuk kita jual emas kalau dah untung?
  3. Apa kebaikan emas Public Gold?
  4. Kalau nak jadi agen, apa kelebihannya?

Emas memang pelaburan yang baik bukan saja sekarang ni tapi sejak dulu lagi. Cuma sekarang ni saja baru kita didedahkan dengan pelaburan emas.

Pengalaman
Sebenarnya saya dulu beli emas ni hanya sebagai hobi. Dimana saya mula membeli emas dinar keluaran Public Dinar.


Utk pengetahuan anda, masa saya mula2 membeli emas harga 1 Dinar masa tu cuma RM496 pada 10 September 2010 2009

 
tapi kini (ketika blog ini ditulis, 2 Oct 2010) harga emas 1 Dinar tersebut telah mencecah RM600++ (kenaikan >20%)


Masa saya beli emas 1 dinar tu saya rasa RM496 memang sgt mahal sebab kawan saya beli pada bulan Jun 2009 hanya RM460++


Tapi sebab nak jadikan sebagai hobi dan fikir emas ni pelaburan jangka pjg so saya pon beli juga.
Tp memang teruja sebab Januari 2010, harga emas 1 dinar dah naik jadi RM530++
Jadi, saya pon terus jadi agen yang mana masa nak jadi agen tu cuma RM36k++ (dulu mahal sebab kena beli 1 set yang ade 7 ketul emas)




Untuk makluman
Sekarang ni untuk tahun baru 2011, nak jadi Agen hanyalah RM20k++
Best tak? tak macam saya dulu kena beli 40k++ baru bleh jadi agen..kira untung la korang smua sekarang ni :)
Beli emas 20k ni maksudnya, kita beli la emas ape pon yang kita nak (cth: barang kemas ke, syiling dinar ke, jongkong emas ke) janji nilai emas kita tu cukup RM20k(dalam 1 resit), kemudian kita automatik akan jadi dealer. Nak jadi dealer dibawah naungan inspirasiemas pon boleh. Cuma perlu bagitau saya je..

Harga emas
Contoh:
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 612.00 RM 575.00
5 dinar RM 3047.00 RM 2879.00
10 dinar RM 6067.00 RM 5764.00
Last updated 01/10/10 12:30 PM 

ok, kalau kita tengok price kat atas ni, ada harga we sell dan ada harga we buy
We tu merujuk kepada Public Gold Maksudnya, kalau kita nak beli emas dari Public Gold, kita perlu lihat harga We Sell tapi kalau kita dah beli emas Public Gold ni kemudian kita nak jual balik pada Public Gold, jadi mereka akan beli balik dengan harga We Buy.

perbezaan harga we buy dan we sell adalah sebanyak 5-6%
Jadi katakan hari ni kita beli emas dengan harga RM612 (ikut harga di atas) untuk 1 dinar..then lepas setahun atau lepas suatu masa, kalau kita nak jual balik, kita boleh rujuk harga we buy..
kita kena pastikan harga we buy tu lebih tinggi daripada RM612 (masa kita beli mula2 dulu) baru la untung!

contoh katakan selepas setahun dari tarikh hari ni(1 oktober 2010) baru kita rasa nak jual emas tu, katakan pada 1 oktober 2011 harga emas macam kat bawah ni:

Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 812.00 RM 763.00

jadi, kalau harga dah naik macam ni, ( x semestinya setahun ) so kita tengok harga we buy tu dah naik jadi RM763, jadi kita sebenarnya dah boleh jual emas tu dan ambil untung.
Tapi semua tu bergantung kepada kita sama ada nak simpan lebih lama atau tidak..sebab lagi lama simpan lagi bagus…

Cuba kita tengok trend kenaikan emas untuk 1 tahun


ok, dari graf ni, paling rendah adalah USD1027.70/auns iaitu pada 17-19 oct 2009, tapi pada 15 Oct 2010, harganya telah mencecah usd1381.20 /auns ( lebih kurang 30% kenaikan)

cuba tengok graf untuk 10 tahun pula;



kita boleh nampak trend kenaikkan emas tu..emas ni memang ada kala harga naik adakala harga turun tapi secara keseluruhannya memang harga emas dalam trend menaik.
Menarik?? Kenapa la tak tau dari dulu kan?


Kat mana nak beli?
ok, emas public gold ni boleh dibeli di mana2 saja. sebab agen ade kat seluruh malaysia termasuk di sabah dan sarawak.
kalau nak pergi beli sendiri kat opis PG pon buleh..

kalau beli sendiri kat sana, nanti kena isi 1 borang untuk new customer, kat ruangan introducer tu boleh la tulis
Nama Introducer: Amir Firdaus Bin Abdul Aziz
No Agent: A0348 / PG000330

Lepas da beli emas tu dengan saya sebagai introducer, kalau buleh bagitau la saya ok.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold
  1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang)
  2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas
  3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
  4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%).
  5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).
  6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
  7. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online.


Tapi kalau nak jadi agen Inspirasi Emas, borang buleh la download kat sini [klik sini]
Kelebihan menjadi ejen Public Gold di bawah rangkaian Inspirasiemas
  1. Mendapat komisen sebanyak  1.0% atas setiap pembelian emas dengan Public Gold.
  2. Capital gain daripada kenaikan harga emas (tak jual pun stok naik harga)
  3. Membeli dengan harga yang murah, dan menjual semasa harga meningkat
  4. Mendapat komisen 0.5% atas setiap jualan semula emas anda kepada Public Gold.
  5. Untung belian semula emas daripada pelanggan anda (5%-6% lebih murah daripada harga semasa)
  6. Keuntungan berkongsi komisen sesama agent ;)
  7. Kelas dan bimbingan percuma. Nama dan gambar anda akan disiarkan di laman web Inspirasi Emas
Ok saya rasa buat masa ni yang tu dulu..Jika terdapat sebarang soalan boleh la anda emel kepada saya tak pun boleh call saya ok.

Abd Wahab Abdullah (wabillah)
Dealer
wabillah@gmail.com
019-4452267 (Wabillah)

019-4442267 (Wan Nodrim)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jewellerysmith Recruitment Programme

Assalamualaikum,
Sebenarnya masih ramai di antara kita yang masih belum tahu, selain jongkong emas dan syiling dinar, Public Gold  ada juga menjual barang kemas. Mungkin untuk anda yang baru pertama kali mengenali Public Gold ini, yang mungkin hanya mengenali 2 website sahaja iaitu www.publicgold.com.my takpun www.publicdinar.com, anda sebenarnya boleh juga menjelajah/melayari ke laman web www.publicjewellery.com.my Website tersebut adalah khas untuk barang kemas sahaja. Banyak juga contoh barang kemas yang ada dalam web itu.
Apa kelebihan barang kemas keluaran public jewellery berbanding barang kemas di kedai emas yang lain? Ok, mudah saja.. kalau anda dapat lihat di web tersebut, terdapat harga untuk kita beli dan juga harga emas untuk kita jual balik.


Untuk makluman, harga emas ini adalah mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Harga ini juga akan berubah-ubah untuk setiap 20 minit.  Bagi kaum wanita berminat nak jadi dealer tapi ramai yang tidak berpengelaman.  Bagi yang berminat untuk menjadi dealer tak semestinya kena beli emas jongkong atau emas dinar saja, tapi nak beli emas barang kemas pun boleh juga janji cukup RM20,000.00  

Public Jewellery tengah buat promosi yang sangat hebat!! Jom kita tengok apa promosi tersbut.


Maksudnya di sini, nak jadi dealer, hanya perlu beli emas bernilai RM15,000.00 tapi dengan syarat kena semuanya barang kemas.

Ha…ini la 1 peluang, sebab mungkin ada di antara kita yang hanya ada RM15k saja….so ini la peluang terbaik untuk anda memulakan bisnes emas. Cuba fikir secara logik, nak jadi tokei emas tapi bermodal hanya sekecil RM15 ribu!!!

Dengan hanya RM15 ribu dah boleh digelar tokei emas! Haa..ini la kelebihannya..Agaknya kalau kita bukak kedai sendiri, berapa banyak barang kemas yang bernilai RM15k yang perlu kita stokkan?


Ok la..kepada mereka yang nak tau lebih lanjut pasal ni boleh tanye kat ruangan komen atau email atau call saya terus.

Sekian, Assalamualaikum..

keterangan hubungi :Wabillah 0194452267

Public Dinar Live Price

DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 760.00RM 714.00
5 dinarRM 3785.00RM 3577.00
10 dinarRM 7537.00RM 7160.00
Last updated 07/10/11 7:35 AM

i-Series 22K Jewellery Live Price

(Last updated 07/10/11 7:35 AM)
PG SellPG Buy
Available Now
10 gramRM 1,740.00 RM 1,566.00
20 gramRM 3,480.00 RM 3,132.00
50 gramRM 8,701.00 RM 7,831.00
100 gramRM 17,402.00 RM 15,662.00
Coming Soon
5 gramRM 870.00 RM 783.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas.

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat. Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa. Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Maklumat Lanjut...

Live Spot Gold & Silver Price

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Daily Gold Chart

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 07/10/11 7:35 AM)
PG SellPG Buy
10 gramRM 1,872.00 RM 1,722.00
20 gramRM 3,710.00 RM 3,487.00
50 gramRM 9,231.00 RM 8,723.00
100 gramRM 18,376.00 RM 17,457.00
250 gramRM 45,724.00 RM 43,666.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Daily Silver Chart

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 07/10/11 7:35 AM)
PG SellPG Buy
250 gramRM 1,040.00 RM 884.00
500 gramRM 2,079.00 RM 1,767.00
1 kilogramRM 4,158.00 RM 3,534.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

USD Exchange Counter Rate

Last updated : 06-Oct-11 16:25:01

SellingBuying
1 US DollarRM 3.0000RM 2.8700

Wabillah : 0194452267 

Khamis, 6 Oktober 2011

5 Sebab kenapa perlu melabur dalam emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.


. Low – USD 255.39
· High – USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

5) Tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
 
Untuk Tempahan:
Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Hj. Abd Wahab 019-4452267
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos

sumber : lygold.blogspot.com

Semalam adalah Sejarah..

Kalau 11 September adalah satu tragedi kepada US suatu ketika dulu..tapi 10 September pula adalah satu detik permulaan akan perubahan dalam hidup saya. Kalau anda terbaca artikel yang saya tulih sebelum2 ni..10 September 2009 lah tarikh di mana saya mula terjerumus dengan emas ini!!
Alhamdulillah, bermula dengan 1 dinar, dan akhirnya kini jumlah emas itu telah bertambah. Sedar tak sedar jumlah dealer/agen dibawah inpirasiemas juga telah meningkat!!

Jom kita buat sedikit calculation!

Pada 10 September 2009. 1 dinar = RM496.00
Jom kita tengok harga emas 1 dinar selepas 2 tahun.


1 dinar pada 10 September 2011 = RM810.00
Ok, brapa % keuntungan selepas 2 tahun??
= RM810-RM496 x 100%
RM496
=63.3%

Nampak tak??? dalam masa 2 tahun saje kenaikkan harga emas sebanyak 63%!!!!! Yang mana membawa maksud sebanyak lebih 30% setahun kenaikkan harga emas!!
Kalau sekeping emas 1 dinar saya dah untung RM314 untuk 2 tahun ni..tapi kalau ade berkeping2?? Ha..kira la sendiri :)


Zakat
Bila bercakap pasal emas, saya yakin mesti ada dikalangan kita akan tertanya2, zakat macam mana?? Ok, cakap bab zakat ni, jika sekiranya emas kita tu dah melebihi 85 gram, baru la kita akan dikenakan zakat. 85 gram ni lebih kurang 20 dinar..
Ala, apa salahnya bayar zakat. 2.5% saje dari keuntungan kita. 30%- 2.5% ada lagi 27.5% :)
Nasihat
Ok la, kepada anda yang dok terfikir2 bila nak mula beli emas ni? nak tunggu harga emas turun atau nak tunggu harga emas naik? Bagi saya, elokla kalau kita beli emas tu bila kita ada duit. Sebab kalau dok tertunggu2, mesti duit yang ada tu terus pegi beli sport rim ke, aquarium ikan ke..dan lain2 la..haha..Sebab memang dah jadi lumrah kita, bila ade cash, kita akan ada satu perasaan nak beliiii je..betul tak? so bila kita ade emas, setidak2nya, tahap kecairan wang kita tu akan berkurang..sebab duit tadi dah jadi ketul emas..dah jadi aset!

Sekian, Assalamualaikum..

Kewajipan Ber- Zakat

Rukun Islam Ke-empat
  
Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34) 

 
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

HIKMAT ZAKAT 1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru). 5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.