Program Akumulasi Emas (GAP)
Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang melancarkan Program Akumulasi Emas [GAP].
Program ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk mengumpul emas fizikal dengan modal yang rendah.
Program ini disokong 100% oleh emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
Ciri-ciri & Kelebihan :
1. Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 dalam berat (gm)
2. Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50
3. Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm). Ia pastinya memaksimakan nilai wang anda.
4. Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
5. Sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
6. Tiada yuran simpanan
7. Yuran pengaktifan yang rendah
8. Pegangan emas minima serendah 1 gram sahaja
Diaudit oleh juruaudit bebas
Urusniaga bila-bila masa 24 jam sehari, 365 hari setahun