Selalu berlaku situasi dimana kita akan berhadapan dengan pelanggan atau dealer baru yang membuat tempahan emas semasa harga tinggi sedikit. Keesokannya atau beberapa hari selepas tempahan dibuat, harga emas agak rendah sikit berbanding hari sebelumnya. Mula timbul rasa menyesal kerana tempah terlalu awal.
Andainya kita mahir Teknikal Analisis (TA) sekalipun, kita tak mampu nak mengadap graf, mengkaji atau membelek harga emas yang akan turun atau naik. Masa kita cukup terhad, kesibukan dan komitmen yang penuh membuatkan kita tidak menitikberatkan sangat tentang membeli di waktu yang betul-betul sesuai (harga paling rendah). Jika kita berkesempatan mengetahui harga emas agak ‘cantik’, inilah masa untuk tambah stok sebenarnya. Jangan gusar jika harga emas turun, tambahlah stok jika berkemampuan. Pembeli yang bijak harus tahu apa perlu dibuat semasa harga emas jatuh atau naik.
Memang satu kelebihan kepada mereka yang mahir dalam membuat analisis harga emas (TA). Ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan tempahan emas dari pelanggan dan dealer yang mahir Teknikal Analisis, harga emas yang ditempah memang terbaik. Biasanya mereka yang mahir dalam forex amat bijak memilih waktu yang sesuai.
Tahukah anda, jika harga emas jatuh, itu tandanya ia akan naik semula? Ini kerana, apabila harga emas rendah, pembelian akan berlaku dan ia akan mula melonjakkan harga emas sedikit demi sedikit. Sudah menjadi kelaziman dalam jangka masa pendek, penurunan harga emas adalah normal. Simpanan emas akan menguntungkan penyimpan jangka masa panjang. Dengan ilmu tentang emas yang anda ada, anda akan rasa lebih yakin untuk menukar wang kertas anda kepada emas.
Saya memahami perasaan individu yang membeli semasa harga tinggi. Bayangkan saya dan dealer saya pernah membeli ketika harga emas mencapai tahap tertinggi tahun lepas. Waktu itu harga gold bar 20g RM3220+. Harga ini masih agak tinggi pada masa sekarang, sedangkan ia adalah harga hujung tahun lepas. Semasa harga emas sedang memuncak. Anggaplah itu bukan rezeki membeli semasa harga betul-betul cantik kerana tiada siapa di dunia ini dapat menentukan secara tepat masa terbaik untuk membeli emas.
Sebagai penyimpan dan peniaga, saya menjual emas tak kira harganya sedang rendah atau tinggi. Sebagai pembeli pula pasti anda inginkan yang terbaik. Malang sekali saya penjual emas yang tidak mampu memberi makluman kepada anda tentang harga emas yang cantik. Pernah juga beberapa kali pelanggan meminta saya mencadangkan masa untuk membeli. Saya hanya memberi cadangan sahaja, dan biasanya saya akan minta ikut gerak hati.Kita akan rasa lebih puas hati jika setelah berfikir panjang,kita serahkan kepada gerak hati dan naluri untuk menentukan.
Akhir kata,jangan rasa gusar jika harga emas yang anda beli lebih mahal dari yang anda lihat selepas itu. Anggaplah bukan rezeki kita. Mungkin ini akan mengajar anda supaya lebih sabar kerana perlukan masa untuk menunggu emas yang anda beli mencapai harga semasa yang menarik.Suatu hari anda mungkin sudah lupa harga emas yang anda beli dahulu. Mana tahu lain kali anda dapat membeli semasa harga cantik pula..siapa tahu.

Graf emas 30 hari

Graf Emas 10 Tahun-emas untuk jangka masa panjang menguntungkan
Akhir kata,jangan rasa gusar jika harga emas yang anda beli lebih mahal dari yang anda lihat selepas itu. Anggaplah bukan rezeki kita. Mungkin ini akan mengajar anda supaya lebih sabar kerana perlukan masa untuk menunggu emas yang anda beli mencapai harga semasa yang menarik.Suatu hari anda mungkin sudah lupa harga emas yang anda beli dahulu. Mana tahu lain kali anda dapat membeli semasa harga cantik pula..siapa tahu.
Graf Emas 60 hari
Graf Emas 1 Tahun
JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267