Public Fine Gold International Sdn Bhd    yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang    menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan    pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi    mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat    pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record    sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas    & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3    tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya    dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.
![]()  | |||||||
| Executive Chairman Public Fine Gold Int. Dato' Louis Ng sedang menerima Anugerah MBA | 
Justeru,  peranan  Public Gold pada hari ini mempunyai  fungsi yang sama  sebagaimana  kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh  Kong, Habib  Jewels, Tomei  dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold  memfokuskan  jualan Emas  untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada  di pasaran  lebih  memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. 
PERBEZAAN EMAS PELABURAN DAN HIASAN
![]()  | 
| Emas & Perak untuk Pelaburan yang dijual Public Gold ~ Silver Bar, Gold Coin, Gold Bar & Dinar | 
![]()  | 
| Emas Perhiasan yang dijual oleh Public Jewellery | 
Produk  Emas yang  dijual adalah berbentuk Bar dan ianya  bermula dengan berat  10g, 20g,  50g, 100g & 250g. Manakala Dinar  pula dijual dalam variasi  1  Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak  pula dijual bermula dengan   berat 250g, 500g dan 1000g (1kg). Senarai  produk Bar, Dinar dan Silver   boleh dilihat Disini, dan senarai produk barangan kemas boleh dilihat Disini.
Emas  untuk tujuan pelaburan  mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang  jauh  lebih rendah berbanding  Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang  dijual  oleh Public Gold  hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung  kepada  beratnya,  semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread  yang  dikenakan dan  sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan  pula amat  tinggi  iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan  menyebabkan   pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas  menjadi   rendah.
Sebagai contoh pada tahun lalu  kenaikan harga Emas  adalah sebanyak 28%.  Jika saya membeli Emas 100g  (Spread 4.5%) yang  dijual Oleh Public Gold  dan menjualnya semula pada  awal tahun ini,  keuntungan saya ialah 28%  (Kenaikan Emas) - 4.5%  (Spread) = 23.5%.
Berbanding  jika saya membeli  100g Emas yang dijual oleh kedai emas  dengan Spread  25%, pulangannya  hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) - 25%  (Spread) = 3%.
Selain  itu, Emas bagi tujuan  Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek   kandungan ketulenan Emas  dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih   menitikberatkan aspek  Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali   berlaku situasi  dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas   berketulenan 916,  sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750   sahaja.
PERBEZAAN HARGA PUBLIC GOLD & KEDAI EMAS
![]()  | 
| Harga Jualan dan Belian Emas 999.9 Public Gold | 
Harga Jualan dan Belian semua  jenis  produk Public Gold samaada Emas  berbentuk Bar, Dinar, Silver dan   Jewellery adalah berpandukan kepada  harga semasa Emas di pasaran   antarabangsa yang berubah setiap saat, 24  jam sehari, 5 hari seminggu.   Justeru, harga Jualan dan Belian Public  Gold juga sentiasa berubah   setiap 20 minit sekali.
Harga semasa Jualan dan Belian boleh dilihat  pada bahagian kiri dan kanan blog ini atau Disini.    PG SELL bermakna harga semasa Jualan dan PG BUY bermakna harga semasa    belian semula. Tiada sebarang kos Upah yang dikenakan, cuma sekiranya    produk yang dibeli diambil di cawangan selain di Ibu Pejabat di Pulau    Pinang, maka Kos Penghantaran akan dikenakan untuk Emas Bar 999.9,    Silver dan Jewellery sekitar RM10 hingga RM50 bergantung kepada berat    emas tersebut.. Manakala tiada sebarang kos penghantaran yang dikenakan    untuk Emas berbentuk Dinar.
![]()  | 
| Harga Jualan Emas Di Kedai Emas | 
Berbanding harga Emas yang dijual di kedai Emas, mereka akan menjual berpandukan harga semasa yang ditetapkan oleh Federation Of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM),    dimana harganya akan ditetapkan pada satu kadar yang lebih tinggi    berbanding harga semasa dan diguna pakai pada satu tempoh yang tertentu.    Sebagai contoh, walaupun harga semasa Emas di pasaran Antarabangsa   pada  hari itu mengalami penurunan, namun harga yang dijual oleh mereka   tetap  sama dan tidak diturunkan. Selain itu, pelanggan juga dikenakan   kos  tambahan iaitu kos Upah untuk setiap gram Emas yang dibeli, dan  ini   membuatkan pelanggan terpaksa membayar harga Emas tersebut dengan   harga  yang lebih tinggi berbanding harga sebenar.
STRATEGI PEMASARAN
Disebabkan  harga jualannya yang  kompetitif, maka Public Gold merangka  strategi  pemasarannya dengan  bijak bagi meminimakan kos operasi dan  memaksimakan  keuntungan. Bagi  meminimakan kos operasi, Public Gold  tidak menjual  produknya dengan  cara membuka Kedai-Kedai Jualan (Retail  Outlet)  sebagaimana Kedai Emas  yang lain, sebaliknya mereka menawarkan  peluang  kepada sesiapa yang  berminat untuk menjadi Dealer / Ejen dengan  hanya  membeli produk  mereka melebihi RM20,000.00 dalam satu belian.
Sebagai  Dealer / Ejen, mereka  akan dibayar komisyen bukan sahaja setiap  kali  mereka membeli produk  Public Gold, bahkan apabila mereka  menjualnya  semula juga akan dibayar  komisyen. Jumlah komisyen yang di  bayar kepada  Dealer / Ejen adalah  jauh lebih rendah berbanding kos  operasi yang  terpaksa dibelanjakan  sekiranya syarikat menyewa  kedai-kedai untuk  jualan produk.
Untuk mendaftar sebagai Dealer /  Ejen, sila ikuti langkah-langkah  sebagaimana yang dipaparkan di  bahagian kanan blog ini dalam kolum  "Langkah Mendaftar Sebagai Dealer"  atau hubungi saya di talian 019-4452267 (Wabillah)
PULANGAN PELABURAN
Pulangan   dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan   Nilainya  (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil   kira bagi  memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan   harga Emas adalah sekitar 25% - 35%  setiap tahun, dan dalam   tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001  sehingga kini kenaikannya telah   mencecah hampir 500%. Bermakna, jika  anda membeli Emas sebanyak   RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya  pada hari ini, anda akan   mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00.  Rujuk carta kenaikan   seperti di bawah.
Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula,   ianya  adalah 2 - 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa   harga  Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda   lebih  tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua   permintaan ke  atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan   daripada  Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi   pembuatan  peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver   yang  ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia  ada   hanyalah dari sumber yang di kitar semula.
Fenomena ini menyebabkan   berlakunya ketidakseimbangan diantara  Penawaran dan Permintaan dan   menyokong kepada ledakan harga semasa  dalam pasaran. Berbanding Emas,   90% permintaan ke atasnya adalah untuk  pembuatan Barang Kemas   (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan  harganya, manakala  hanya  10% sahaja yang digunakan untuk tujuan  pelaburan yang terlibat  dengan  spekulasi turun naik harga di pasaran  semasa Antarabangsa.
Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% - 80%.    Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun   2001  dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai    sebanyak RM 1.2 Juta. Rujuk Carta di bawah ini.
RISIKO PELABURAN
Emas  dan Perak adalah  dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah,  Rumah  dll,dan sebaik  sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk  tujuan  pelaburan,  bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk  Aset.  Sifat Aset  adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad  manakala   permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat  dari masa   ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya  akan  terus  menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang   kewujudan  risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak   sehingga  menjadikannya Tidak Bernilai.
Ianya amat berbeza dalam   pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke  atas perniagaan di mana   harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga  menjadikannya langsung tidak   bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan  juga pelaburan ke atas   perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada  faktor Untung dan Rugi   yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran,  peningkatan kos operasi  yang  melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang  terlibat.
Justeru,  pelaburan ke atas Aset  adalah satu bentuk pelaburan yang  Unggul dengan  faktor risiko  kerugian yang amat minima, menjadikan  nisbah Keuntungannya  lebih besar  berbanding nisbah Kerugiannya.
EMAS & PERAK ADALAH WANG SEBENAR
| Matawang Dinar Emas | 
Sejak beribu tahun  dahulu, Wang adalah  sesuatu yang  dijadikan daripada Emas & Perak  dimana ianya telah  digunakan  sebagai Matawang bagi urusan perdagangan.  Justeru, semakin  banyak  simpanan Wang seseorang individu itu,  bermakna semakin banyak   simpanannya dalam bentuk Aset Emas &  Perak, dan ianya akan   membuatkan seseorang itu semakin lama menjadi  semakin kaya disebabkan   oleh kenaikan nilainya yang berterusan.
Maka jelas disini  bahawa Wang  sebenar adalah sesuatu yang berbentuk  Emas & Perak  sahaja dimana  ianya adalah sesuatu yang amat wajar  dijadikan simpanan  ekoran sumber  dan penghasilannya amat terhad  disamping permintaan ke  atasnya yang  amat tinggi.
KEKELIRUAN DI ANTARA WANG DAN MATAWANG (WANG KERTAS)
Malangnya, ketika ini kita di  kelirukan dengan kewujudan Matawang  yang  dicipta oleh Sistem  Kapitalis, di mana mereka berjaya meletakkan   keyakinan kita semua ke  atas alat ciptaannya ini sehingga kita semua   terus bermati-matian  meyakini Matawang ciptaan mereka ini adalah Wang   yang sebenar dan  ianya wajar dijadikan sebagai simpanan dan ukuran   kekayaan.
![]()  | 
| Diantara Matawang Yang Telah Tidak Diterima Penggunaanya | 
Definisi bagi Matawang adalah "Suatu Alat Pembayaran Yang Diterima Penggunaannya". Ini   bermakna, fungsi dan tujuan sebenar Matawang dicipta cuma satu sahaja,   iaitu untuk digunakan bagi sesuatu urusan pembayaran, dan bukannya  untuk  dijadikan sebagai medium simpanan.
Dalam ertikata lain, sekiranya  kita tidak memerlukan Matawang  bagi  sebarang urusan yang  memerlukannya, maka ianya tidak seharusnya   dijadikan simpanan kerana  amalan itu menyalahi fungsi sebenar ianya   diciptakan.
Kita semua juga pasti sudah  sedia maklum  bahawa sekiranya sesuatu itu  digunakan bukan pada  fungsinya yang  sebenar, pastinya ia akan  mengundang kesan yang kurang  baik. Sebagai  contoh, fungsi sebuah kereta  adalah untuk digunakan  sebagai alat  pengangkutan bagi memudahkan  pergerakan dari satu tempat  ke satu tempat  yang lain, tetapi jika  fungsinya disalahgunakan bagi  tujuan berlumba di  jalanraya maka sudah  pasti ia akan mengundang padah  dan membawa kepada  kematian.
KESAN DARIPADA SALAH FUNGSI MATAWANG
Kebanyakan  orang menyangka  bahawa masalah kewangan yang mereka hadapi  ketika ini  adalah  disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas untuk mereka  berbelanja  dan  juga disebabkan oleh ketiadaan Wang Kertas dalam  simpanan mereka.
Hakikatnya,  masalah seperti ini  wujud bukan disebabkan oleh kekurangan  Wang Kertas,  sebaliknya  disebabkan oleh terlalu banyak Wang Kertas  sehingga  menyebabkan  berlakunya lambakan di dalam pasaran. Ini kerana  Wang Kertas  bukanlah  sesuatu yang terhad sumber dan penghasilannya  sebagaimana Emas  &  Perak, sebaliknya ia boleh ditambah cetak pada  bila-bila masa  tidak  kira seberapa banyak ianya diperlukan.
Bagi mengatasi lambakan ini,  maka harga barangan keperluan di  pasaran  pula akan dinaikkan bagi  tujuan menyeimbangkan diantara jumlah  Wang  Kertas dan jumlah barangan  keperluan yang ada. Bermakna, semakin  banyak  Wang Kertas yang kita  semua perlukan terutamanya untuk simpanan,  maka  semakin kerap ianya  akan ditambah cetak, sekaligus membuatkan  jumlahnya  semakin bertambah  dan harga barangan keperluan semakin  meningkat.
Dalam masa yang sama, Wang  Kertas yang ada dalam simpanan juga   perlahan-lahan kehilangan nilainya  kerana jumlahnya yang diperlukan   untuk membeli sesuatu keperluan pada  masa akan datang akan semakin   meningkat berbanding jumlah yang  diperlukan pada ketika ini.
JALAN PENYELESAIAN TERBAIK
1- Sekiranya ada simpanan Wang  Kertas bagi tujuan kegunaan pada hari  tua,  segera tukarkannya kepada  Wang sebenar dalam bentuk Aset Emas  &  Perak supaya nilai simpanan  itu terus meningkat dari masa ke  semasa  sekaligus menjadikan jumlah  simpanan terus bertambah dengan  sendirinya.  Aset Emas & Perak  tersebut boleh dijual bila mana kita  mahu  menggunakan Wang Kertas  kelak dan jual Emas & Perak tersebut  hanya  pada sekadar jumlah  Wang Kertas yang diperlukan sahaja, bukan   kesemuanya.
2- Sekiranya ada Wang Kertas  yang bakal digunakan dalam jangkamasa  beberapa bulan lagi, tukarkannya   dahulu kepada Emas & Perak,  sekurang-kurangnya dalam tempoh itu   jumlahnya telah dijana dan telah  bertambah walaupun hanya sedikit.  Apabila sampai waktu Wang Kertas  diperlukan untuk urusan yang  berkaitan, baru jualkannya.
JENIS - JENIS WANG 
Dalam sistem kewangan ketika  ini, terdapat 3 jenis wang yang  digunakan  sentiasa kita gunakan dalam  menjalani kehidupan seharian,  dimana setiap  satu darinya mempunyai  peranan dan fungsi penggunaan yang  berbeza.  Hari ini, diantara faktor  utama yang membuatkan kewangan  peribadi kita  dilanda "Bencana  Kewangan" ialah disebabkan oleh  pengetahuan tentang  kewangan yang amat  sedikit sehingga kita tidak  menyedari akan kewujudan  ketiga2 jenis  wang ini, sekaligus membuatkan  kita seringkali menyalah  fungsi  penggunaannya.
3 kategori tersebut ialah :
1- Wang Komoditi  -  Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan  ianya digunakan sebagai   medium simpanan untuk jangkamasa pendek,  sederhana dan panjang. Cth :   Emas & Perak (Fizikal).
2- Wang Fiat -   Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang  diterima penggunaannya   untuk mendapatkan barangan keperluan dan  perkhidmatan. Cth : Wang   Kertas.
3- Wang Kredit -  Peranannya adalah untuk  membolehkan kita  membuat sesuatu pembelian /  pinjaman dan ianya mesti  dibayar semula  dalam sesuatu tempoh secara  ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.
Berdasarkan penjelasan diatas,  anda telah pun memahami  peranan dan  fungsi setiap jenis wang, dan cuba  anda periksa semula  tabiat kewangan  anda, adakah anda menggunakan  sesuatu jenis wang itu  pada tempatnya  yang sebenar atau sebaliknya?
Saya  yakin, pasti tidak ramai  yang menggunakan Wang Komoditi (Emas  &  Perak) sebagai simpanan  jangka pendek, sederhana dan panjang  mereka,  kerana mereka lebih gemar  menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi  mereka  ianya lebih selamat dan  menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan anda  telah menggunakan Wang Fiat yang   sepatutnya hanya digunakan sebagai  medium pembayaran kepada medium   simpanan, bermakna anda telah  menggunakan wang yang salah untuk fungsi   yang salah. Maka kesannya,  semakin banyak Wang Fiat yang disimpan,   semakin rendah kuasa beli anda  atau dalam ertikata lain makin sedikit   barangan dan perkhidmatan yang  anda boleh dapatkan pada masa akan   datang, dan situasi  inilah yang  dinamakan Inflasi.
Simpan Jumlah Atau Nilai?
Hakikatnya, setiap kali anda  menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah  menyimpan Jumlah Wang dan  bukannya Nilai Wang,  kerana kertas yang anda  simpan itu tiada nilai.  Berbanding jika anda  menukarkan Wang Fiat yang  hendak disimpan itu  kepada bentuk Wang  Komoditi terlebih dahulu sesuai  dengan fungsinya  sebagai simpanan, maka  anda telahpun menyimpan Nilai  Wang anda di  dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini  mempunyai nilainya  sendiri.
Harus diingat, kekayaan yang  perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai  dan bukannya Jumlah, kerana   Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak  boleh diperbaharui dan tidak   akan lenyap menjadikan sesuatu yang  bernilai itu akan sentiasa  berharga  (mempunyai harga). Berbanding  Jumlah, ianya adalah sesuatu  yang boleh  dihitung, diperbaharui dan  ditambah pada bila2 masa  menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai  harga.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.
![]()  | 
| Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak | 
![]()  | |||
| Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya | 
Wang kertas dalam  gambar diatas adalah  jumlah yang sama  yang saya gunakan untuk ditukar  kepada bentuk Wang  Komoditi kerana  Wang Kertas tersebut adalah untuk  tujuan simpanan.  Lihat, jumlah Dinar  Emas yang saya perolehi menjadi  sedikit apabila  telah ditukarkan dari  Wang Fiat kepada Wang Komoditi.
Lebih menarik lagi, Wang  Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai  kekayaan  saya, tetapi juga  menggandakan nilai kekayaan saya melalui  kenaikan  semasa harga Emas di  pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan  menyangka  Wang Kertas sebanyak  kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila  saya  tukarkan dalam bentuk  Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya  kira2  10 bulan sahaja jika  saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk   mendapatkan Wang Fiat,  maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya   perolehi adalah  sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat   sebanyak  RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna   purata  penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!
Nah, inilah yang dikatakan  kehebatan dan keistimewaan Wang  Komoditi  Emas & Perak kerana ianya  bukan sahaja menyimpan nilai,  tetapi ia  juga menggandakannya, dalam  ertikata lain, Wang Komoditi Emas  &  Perak adalah satu medium  Simpanan & Pelaburan yang unggul!   Berbanding jika Wang Fiat itu  tersimpan sahaja, adakaah ianya akan   bertambah jumlahnya dengan  sendiri? dan apakah lebih banyak barangan   keperluan dan perkhidmataan  yang akan anda perolehi?
Abd Wahab Abdullah (wabillah)
Dealer
wabillah@gmail.com
019-4452267 (Wabillah)
019-4442267 (Wan Nodrim)












