Isnin, 24 Oktober 2011

Berkenalan dengan Product i-series

Assalamualaikum,
Harini saya nak update sket tentang product i-series. Sebab masih ramai lagi yang tertanya-tanya apa itu i-series?

Antara persoalan yang saya terima adalah seperti berikut:
“Amir, i-series ni produk baru ke? Ape tu?”
“apa beza i-series ni dengan emas-emas lain?”
dan banyak lagi soklan2 lain yang berkaitan..oleh itu saya nak cerita serba sedikit khas untuk i-series sahaja.

Kalau kita perhatikan harga emas bagi i-series,


Ok, kita ambil 1 contoh, katakan 10gram, harga untuk 10gram skrang ni adalah RM1,816.00.
iaitu harganya adalah lebih kurang RM181.60/gram.

Perbezaan harga yang dijual dan juga harga yang Public Gold beli balik adalah lebih rendah berbading harga barang kemas untuk public jewellery.

Perbezaan harga ini adalah sebanyak 10% , jadi ianya adalah bagus untuk invesment. sebab spread harga yang kecil.



berbanding Public jewellery, harganya adalah sekitar 15-20%. Namun begitu, harga bagi public jewellery ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga emas di kedai emas yang lain.



Kita dapat lihat di sini, harga jualannya adalah RM190/gram bagi emas 916. Namun begitu harga belian balik oleh kedai kemas adalah bergantung kepada kedai2 tersebut. Biasanya adalah sekitar 20-30% tapi ada juga kedai yang ambil sampai 40% lagi murah. So kena pandai2 la pilih kedai yang betul.

Jadi, kalau spread adalah jauh, boleh beli, bukan tak boleh beli, cuma tak sesuai la untuk buat investment. Tapi kelebihannya, design lebih cantik :) Orang perempuan suka kalau dpt hadiah macam ni. hehe..

Ok jom tengok rupa bentuk barang kemas i-series ni pulak.


Gamabar kat atas ni terdiri daripada 100g, 50gram, 20gram dan 10gram.
Paling kecil yang available adalah i-series 10gram atau lebih dikenali sebagai i-10. Yang ni comei sket cuma pendek je, dalam bentuk rantai tangan. Saya cakap dia comei sebab ada love kat rantai tangan ni.


i-10 (i-series 10gram) / Rantai tangan


i-20 (i-series 20gram) / Rantai Leher


i-50 (i-series 50gram) / Rantai Leher


i-100 (i-series 100gram) / Rantai Leher
Ok, kenapa spread dia rendah? hanya 10%?? Spreadnya rendah sebab yang ni tak macam publicjewellery. Maksud saya ianya takde size untuk dipilih. Selain daripada tu, barang kemas ni juga boleh dipajak di arrahnu.
  • Boleh dipakai oleh wanita
  • spread yang kecil
  • sesuai untuk digunakan sebagai invesment juga
  • boleh dipajak
Kat mana nak cek harga i-series ni? anda sebenarnya boleh juga lihat harganya dia www.publicdinar.com dan selaindari tu macam biasa boleh cek kat web inspirasiemas.com saja.
Jasi, jika anda mempunyai sebarang soalan tentang emas i-series ni boleh sms saya atau email atau taip je kat bahagian comment nanti saya update di artikel ni ya..

Untuk Tempahan Emas:
Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Hj. Abd Wahab 019-4452267
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos