Isnin, 31 Oktober 2011

PANDUAN BELI EMAS DAN JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.

Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).

Produk yang dijual.
Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9

2. Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.
Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:

1. 20 gram

2. 50 gram

3. 100 gram

4. 1 kilogram

Sijil ketulenan emas.
Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Bagaimana membeli emas Public Gold?
Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.

Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:

Item Transportation Cost for West Malaysia (RM) Transportation Cost for East Malaysia (RM)
Gold Bar 10 grams 10 20
Gold Bar 20 grams 10 20
Gold Bar 50 grams 20 40
Gold Bar 100 grams 30 60
Gold Bar 250 grams 50 100
Gold Bar 1000 gram 300 400
Gold Coin 50 grams 20 40
Silver Bar 250 grams 20 40
Silver Bar 500 grams 30 60
Silver Bar 1000 grams 30 60
Gold Jewellery Item 20 40 

Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.

Untuk Pembelian Anda hubungi saya,
TEL : 019-445 2267


Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.
Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:

1. Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.

2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas .

3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.

4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).

5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).

6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.

PRODUK YANG DIPASARKAN

PRODUK YANG DIPASARKAN
JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD KETULENAN EMAS 999.9

PRODUK DINAR EMAS

PRODUK DINAR EMAS
DINAR EMAS PUBLIC DINAR
__________________________________________________


Jika anda berminat dengan pelaburan emas,sila hubungi..kami sedia membantu anda...

Hj. Abd Wahab bin Abdullah (Dealer ID:A9282) : 019-4452267

Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Tunku Azilah : 012-4645228
Noor Izni : 019-4582715
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos

Kelantan pinda enakmen emas

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

“Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.



Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali. "Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi,” tambahnya.
Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.




Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.

“Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

“Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat,” katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.
__________________________________________________

Berminat ? Sila Hubungi Kami Segera..!!
Abd Wahab (wabillah) : 019-4452267
Wan Nodrim : 019-4442267 
Tunku Azilah : 012-4645228

Ahad, 30 Oktober 2011

Kesempatan Emas Di Bulan Dzulhijjah

Assalamualaikum para pembaca…semoga Anda selalu dalam keadaan sihat, penuh iman.
Termasuk tingkat ke-GENIUS-an yang sangat tinggi adalah mengenal kesempatan-kesempatan emas, waktu-waktu berharga, keadaan-keadaan penting yang disebutkan di dalam syariat Islam berdasarkan Al Quran dan hadith sahih, dan tidak membiarkan kesempatan, waktu dan keadaan tersebut terbuang percuma tanpa diisi dengan amal soleh.
Termasuk di dalamnya KESEMPATAN EMAS DI BULAN DZULHIJJAH!!!
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ .

Ertinya: “Tiada hari-hari yang amal shalih di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini”. yakni 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah, mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya)?”, beliau bersabda: “Dan tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya), kecuali seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya lalu ia tidak kembali dengan apapun”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ”.

Ertinya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih ia cintai untuk beramal di dalamnya daripada 10 hari ini, maka perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya”. (HR. Ahmad dan di sahihkan oleh Al Mundziry dan Ahmad Syakir tetapi dilemahkan oleh Al Albani di dalam kitab Dha’ih At Targhib wa At Tarhib, 744)
Abu Qatadah Al Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». رواه مسلم

Ertinya: Bahwa Rasulullah ditanya tentang puasa Hari Arafah: “Menghapuskan (dosa-dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang”. (HR. Muslim)
Dari Hadith-hadith di atas dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh di 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, seperti; Menunaikan haji dan umrah, berpuasa, berkorban, bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta bertahlil, serta amal soleh lainnya.
Kenapa dianggap cerdas orang yang menggunakan kesempatan emas ini?
1) Kerana mungkin ini adalah ibadah terakhir dan ini pertanda baik dari Allah Ta’ala.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ». فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ ».

Ertinya: “Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika Allah menginginkan kebaikan untuk seorang hamba maka dia akan memakainya”, beliau ditanya: “Bagaimana Allah akan memakainya, wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?”, beliau menjawab: “Allah akan memberinya petunjuk untuk beramal soleh sebelum meninggal”. (HR. Tirmidzi dan disahihkan di dalam kitab sahih Al Jami’, no. 304)
2) Kerana mungkin kesempatan ini tidak akan kembali lagi.
3) Kerana mungkin jika kesempatan ini kembali kita tidak dalam keadaan sihat dan mampu beramal soleh.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ وَهُوَ يَعِظُهُ: ” اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ , شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ , وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ , وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ , وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلُكَ , وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ “

Ertinya: “Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda menasihatinya: “Gunakanlah dengan baik lima perkara sebelum datang lima (yang lain): MASA MUDAMU SEBELUM DATANG MASA TUAMU, SEHATMU SEBELUM DATANG SAKITMU, KAYAMU SEBELUM DATANG FAKIRMU, WAKTU LUANGMU SEBELUM DATANG WAKTU SIBUKMU DAN HIDUPMU SEBELUM DATANG MATIMU”. (HR. Al Hakim, Al Baihaqi dan di sahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 1077)

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .

Ertinya: “Abdullah bin Umar senantiasa mengucapkan: “Jika kamu masuk waktu petang maka janganlah menunggu waktu pagi dan jika kamu masuk waktu pagi maka janganlah menunggu waktu petang, pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu”. (HR. Bukhari)
4) Kerana sifat malas adalah sifatnya munafik.

{إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا }

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”. (QS. An Nisa: 142)

{وَمَا مَنَعَهُمْ أَنْ تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقَاتُهُمْ إِلَّا أَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى وَلَا يُنْفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ }

Ertinya: “Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan kerana mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (QS. At Taubah:54)
Peluang yang Allah berikan untuk kita beramal dan beribadah kepadaNYA terlalu banyak. Allah memberi kita kesempatan untuk merebut ganjaran-ganjaranNYA, keredhaanNYA, syurgaNYA serta rahmatNYA. Janji-janji Allah ini lah "booster" kepada kita tuk istiqamah beribadah dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba juga khalifahNYA. Moga sama-sama kita ada rasa "eagerness" dalam diri tuk merebut peluang-peluang ini.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Laporan Pelaburan Emas TV9

Laporan Pelaburan Emas TV9



BELI LAH DINAR

pelaburan bijak

emas untuk makanan




Berminat ? Sila Hubungi Kami Segera..!!
Abd Wahab (wabillah) : 019-4452267
Wan Nodrim : 019-4442267 
Tunku Azilah : 012-4645228


Masa untuk tambah stok emas..beli atau tunggu dulu?


Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas kaum India  menyambut perayaan pesta cahaya atau Deepavali dan diikuti umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban yang pasti ramai kalangan umat Islam akan membelanja wang untuk kerja ibadah Qurban.





Apa kaitannya dengan post kali ini?
Tahukah anda hampir setiap tahun, trend harga emas hampir sama dan macam biasa, kalau hampir sambutan sebarang perayaan , harga emas akan turun sedikit berbanding harga bulan terdahulu sebelum naik semula.
Mengapa ini terjadi?
Kuasa pengguna emas dunia memang memberi impak juga kepada harga semasa emas. Terutamanya apabila menjelang perayaan atau festival yang diadakan sepanjang tahun dan paling ketara semasa hari perayaan terutama Deepavali. Tujuan utama festival ini agar dapat menawarkan harga emas yang lebih murah dengan melibatkan lebih ramai penjual. Satu lagi perayaan ialah Aksaya Tritiva yang disambut penganut Hindu dan ianya berkaitan dengan emas. Ia juga dikenali sebagai Akha Teej dan merupakan Festival of Gold mereka yang sebenar. Kebiasaanya ia disambut pada bulan Mei setiap tahun.

Faktor lain yang merangsang penggunaan emas di dunia ialah budaya perkahwinan yang menjadikan emas sebagai salah satu item yang wajib. Musim perkahwinan dari November -Disember  dan dari penghujung Mac-Mei. Ketika ini permintaan terhadap emas sangat tinggi dan boleh menyebabkan harga emas naik atau turun bergantung pada situasi ketika itu.

Harga lebih rendah,tunggu atau beli?
Harga minggu lepas paling rendah telah turun sehingga 1600+usd/0z. Produk PG contohnya 10 berharga RM1814 pada waktu ini. Ramai juga yang telah memilih untuk membeli ketika harga ini dan tak kurang mengambil peluang untuk menjadi pengedar emas. Tindakan yang bijak dan pasti tidak merugikan. Simpanan emas umpama magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Dan ia juga mengelakkan anda dari kebocoran wang. Biasanya penyimpan emas jarang terlibat dengan skim, scam mahupun aktiviti-aktiviti perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah.

Kalau anda beli, kemudian harga turun, adakah rugi?
Tidak sama sekali. Emas adalah simpanan jangka masa panjang, dan anda hanya akan rugi kalau jual.

Buat apa jual!! Melainkan anda memang terdesak dan tak ada tunai /simpanan kecemasan. Emas bukan untuk dibeli hari ini dan jual esok, minggu depan atau tahun depan. Namun tak dinafikan, ada masa anda boleh guna cara ini, contohnya anda merancang kahwin tahun hadapan dan ada sejumlah wang. Better beli emas dan tahun hadapan jual, namun cara ini memerlukan anda memilih waktu yang sesuai dan perancangan yang rapi berdasarkan trend pergerakan harga emas serta perlu sedikit analisis.

Risikonya jika anda beli dan mengharapkan harga emas terus naik sedangkan dalam setahun harga emas ada turun naik,dan dengan sedikit ilmu anda dapat memilih dan merancang masa untuk menjual.Jadi tidak ada istilah rugi dalam simpanan emas ini kerana satu masa anda mungkin sudah tidak ingat harga yang anda beli sekarang ini.
Jika harga emas turun lagi, apakah tindakan anda? Jawapannya ialah Kita Beli Emas. Maksudnya kita tambah stok simpanan emas anda. Dan anda untung bila kira dari segi pemurataan kos ( cost averaging).
Bila harga emas turun, ada orang yang suka dan ada orang yang tak suka.
Orang yang suka biasanya suka sebab dapat tambah stok dan beli dengan harga lebih murah. Orang yang tak suka sebab tak sabar nak tengok harga emas terus naik dan ada orang yang  rasa nak jual pada masa tersebut tapi rasa rugi.


Beli dulu dan tunggu atau tunggu dulu baru beli?
Ada orang yang tak kisah beli emas bila-bila masa kerana tidak ada masa untuk memantau harga emas dan memikirkan ianya adalah untuk simpanan jangkamasa panjang.Jika golongan yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru nak beli),risiko yang mungkin dihadapi ialah :

1.Terlepas harga yang anda inginkan kerana tidak sempat lock (tempah) harga tersebut
2.Semasa harga rendah tersebut, anda sudah kehabisan wang untuk membeli
3.Waktu harga rendah, fikiran anda pula berubah untuk menggunakan wang yang asalnya untuk beli emas, kepada perkara lain yang tidak berfaedah.

Namun jika anda mempunyai masa untuk memantau harga emas ini dan mahukan harga terbaik, anda mempunyai hak untuk berbuat demikian. Pilihan lain, anda mungkin boleh berpesan kepada dealer anda supaya bagi hint jika harga agak menarik. Tapi janganlah mengharapkan ramalan itu 100% tepat kerana kita hanya mampu menjangka dan seeloknya ikutlah gerak hati  dan buat keputusan sendiri supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain.

Kesimpulannya, belilah sewaktu :

1.Ada cash
2.Semasa harga rendah
3.Belian bulanan secara konsisten,contohnya 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10gram

Sekian, jumpa lagi.. Insyaallah

Berminat ? Sila Hubungi Kami Segera..!!
Abd Wahab (wabillah) : 019-4452267
Wan Nodrim : 019-4442267 
Tunku Azilah : 012-4645228

Selasa, 25 Oktober 2011

Membeli Emas PUBLIC GOLD Dengan Harga Semasa Pasaran Dunia ..!!


Simpan Emas Untuk Masa Depan !!!!! 



Berminat ? Sila Hubungi Kami Segera..!!
Abd Wahab (wabillah) : 019-4452267
Wan Nodrim : 019-4442267 
Tunku Azilah : 012-4645228