Selasa, 31 Januari 2012

Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Meniaga Emas





Fokus kepada simpanan sendiri

Sudah menjadi trend sejak tahun 2008-2009, peniaga emas mobil semakin ramai yang muncul disebabkan kewujudan syarikat-syarikat yang menawarkan emas fizikal terutamanya dalam bentuk dinar dan gold bar sebagai pilihan ramai.
 

Ada 2 jenis peniaga emas, yang berilmu dan yang mahu trading semata-mata untuk untung. Jadilah peniaga yang berilmu kerana anda akan dapat lebih dari trader. Lagi satu sebagai dealer mobil, sebaiknya anda bermula dari bawah. Rasai pengalaman dan lalui fasa demi fasa, satu demi satu. Bina kredibiliti anda kerana ia tak boleh diperolehi sekelip mata.

 Untuk menjana keuntungan dengan emas,  anda harus mengikut beberapa langkah berikut :

1. Bermula sebagai penyimpan emas - cari seberapa banyak info tentang simpanan emas dan ilmu yang bersangkut paut agar anda dapat meneruskan pada langkah yang ke-2

 Selain dari buku, internet juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk menambah info


2. Bercerita - ini adalah marketing yang paling berkesan sekali sebenarnya kerana melalui bercerita anda dapat memberi peluang kepada orang lain tahu apa yang mereka tak tahu dan mulakan apa yang mereka tak pernah mulakan.


Sebarkan ilmu tentang emas
Dengan menguasai lebih banyak fakta mengenai simpanan emas,anda sebenarnya membantu diri anda untuk memberi penerangan yang lebih baik kepada bakal prospek anda.

3.Biasanya,dengan penerangan yang baik,anda dapat meyakinkan pelanggan anda seterusnya mereka akan mula mendapatkan produk emas dari anda.Maka di sinilah peranan anda sebagai pengedar emas yang mula menjana keuntungan dengan meniaga emas.

4.Pastikan anda terus follow up dengan pelanggan anda, terutamanya apabila mereka bertanyakan sesuatu yang mereka tidak faham. Berikan servis sebelum, semasa mahupun selepas pelanggan membeli. Dengan ini mereka akan selesa untuk berhubung dengan anda lain kali. Saya sendiri biasanya akan meminta pelanggan menghubungi saya jika ada masalah/pertanyaan dan sebagainya.


5.Perluaskan pasaran anda sama ada secara online mahupun offline.

Walaupun saya menggunakan platform online dalam perniagaan saya,tapi hakikatnya ramai peniaga emas yang lain berjaya menerusi pasaran offline kerana market offline lebih luas.Apa pun back up tools marketing online seperti blog dan laman sosial turut memainkan peranannya tersendiri dan memudahkan anda kelak.Pasaran online menuntut kita menjadi seorang yang lebih kreatif dan mencari pemasaran yang berlainan dari orang lain.Ini kerana persaingan agak banyak,hanya yang berdaya saing mampu melangkah jauh.




Saya sendiri menggunakan pemasaran online hampir 90% dan sedang berjinak-jinak dengan pemasaran offline contohnya melalui seminar,kelas emas,sesi perjumpaan (TT emas) dan sembang-sembang secara tak langsung dengan orang-orang yang dikenali mahupun yang baru dikenali. Saya juga dalam proses menggunakan perkhidmatan sms blaster untuk melancarkan lagi bisnes ini.

 6. Apabila sampai satu tahap, anda akan mula menerima buyback (jualan balik) dari pelanggan anda yang mungkin terdesak nak pakai cash atau ada keperluan lain.Jangan sesekali menolak, sebagai dealer beri jaminan beli balik kerana ia lebih meyakinkan pelanggan anda dan membuang tanggapan emas sukar dicairkan. Alhamdulillah,saya belum pernah gagal beli balik dari pelanggan walaupun ketika tiada modal.Ini akan diajar kepada dealer-dealer di bawah rangkaian kami.

Di sinilah keuntungan sebenar seorang dealer yang meniaga emas. Jika diperhatikan di website, ada harga jualan dan beli balik. Anda untung sekiranya beli balik kerana dapat beli 5% -10% lebih murah dari harga web.

Dengan 10g emas 999.9 anda boleh untung RM100+
20g =RM200+
50g=500+
100g=RM1000+
Dengan sekeping dinar pula anda boleh untung lebih kurang +-RM50 bila buyback dengan harga “we buy ” atau “kami beli”




Stok buyback ini :
1.Jadikan sebagai stok untuk menambah simpanan anda
2.Boleh jual terus kepada end user dengan harga semasa atau pada dealer yang ingin menambah stok mereka/menggantikan stok
3.Simpan dan jual apabila ada permintaan atau keperluan


7.Bila ramai yang mengenali anda sebagai peniaga emas, kemungkinan untuk mereka mencari anda untuk memajak dan menjual emas terpakai agak tinggi. Anda juga mungkin berpeluang membeli surat pajak yang juga sebenarnya menguntungkan.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.Tapi perlu ada “cakap2″ agar tersebar dari mulut ke mulut yang anda membeli emas terpakai, insyaAllah ada la yang akan datang mencari nanti. Biasanya saya beli lebih tinggi dari harga emas terpakai. Contoh di bawah :

Harga emas semasa 916 : RM180
Rate emas terpakai 916 : RM138
Harga barang kemas terpakai :RM 158


Saya membeli emas terpakai tersebut dengan harga yang lebih tinggi dari jumlah di atas,untuk tolong sesama Islam.Tapi bergantung kepada bajet semasa juga,jika berat sangat,saya terpaksa beli dengan harga emas terpakai kerana tidak menggunakan modal sendiri.



Membeli emas terpakai memang menguntungkan

Dan biasanya saya akan beli dan simpan emas yang dibeli dengan harga murah dari harga semasa ini,kerana nilainya juga makin naik dari semasa ke semasa,ada keperluan baru jual.Ada perbezaan di antara membeli emas terpakai dan menjual barang kemas terpakai.Keuntungan biasanya lebih kurang RM18-RM20 pergram bagi emas terpakai yang dijual sebagai barang kemas terpakai.

Kesimpulannya :
1.Beli dan simpan pun dah menguntungkan-atas kenaikan harga emas.
Emas mampu beranak pinak melalui 2 cara:
i) Atas kenaikan harga emas-
Contoh :beli emas 100g pada tahun 2009 dengan harga RM10k,pada tahun 2012 ia telah mencecah RM19k.RM9k keuntungan anda dapat dalam masa 3 tahun.
ii) Bagi mereka yang benar-benar faham-akan menambah stok simpanan emas dari semasa ke semasa,walaupun sedikit demi sedikit.Akhirnya simpanan emas akan menjadi lebih banyak dan semakin berharga ditelan masa.
2.Beli dan jual pun untung
3.Beli balik pun lagi untung.

12 sebab kenapa anda tidak kaya | jutawan-internet |






Zikir Rezeki Tanpa Batas Ali Imron


Selawat Murah Rezeki


Ahad, 29 Januari 2012

MELABUR MESTI LIHAT BERAPA BANYAK PULANGAN




JANGAN TERSALAH LANGKAH
Sebelum menyertai pelaburan Emas adalah dicadangkan cari rakan yan terlibat dalam peleburan emas dan belajar cara untuk melabur dengan betul dan selalulah hadir dalam seminar yang disediakan oleh Public Gold kerana ini boleh membantu kemahiran kita dlm pelaburan emas.
Kita harus mengetahui RAHSIA SEBENAR mengenai PELABURAN EMAS ini .  Harus diingat NILAI WANG sentiasa TURUN sepanjang tahun tetapi NILAI EMAS sentiasa bergerak NAIK dan TURUN sepanjang tahun…

Untuk mencapai kebebasan kewangan kita mari kita bandingkan nilai wang pada 5 tahun yang dulu dengan nilai wang sekarang.
  • Adakah nilai RM 1000 pada 5 tahun dahulu sama dengan nilai RM 1000 pada masa sekarang?
  • Adakah nilai RM 100 pada 5 tahun dahulu sama dengan nilai RM 100 pada masa sekarang?
  • Adakah nilai RM 10 pada 5 tahun dahulu sama dengan nilai RM 10 pada masa sekarang?
  • Adakah nilai RM 1 pada 5 tahun dahulu sama dengan nilai RM 1 pada masa sekarang?
Malahan, nilai wang tersebut akan sentiasa menurun sepanjang tahun maka sebab itulah kita dapat melihat mengapa harga barang sentiasa naik setiap tahun. Walaupun semakin banyak wang yang kita kumpulkan tetapi kita tidak mendapat keuntungan daripada tambahan wang yang kita kumpulkan malahan kita terpaksa menanggung penurunan nilai wang tanpa kita sedari.

Kuasa beli kita semakin menurun walaupun kita mempunyai kuantiti wang yang banyak. Anda tidak perlu menjadi pakar di dalam ekonomi untuk memahami masalah ini. Sudah pasti anda juga bersetuju bahawa nilai wang dan kuasa beli semakin menurun berbanding beberapa tahun yang lalu.




Keadaan ini amat berbeza dengan emas, kerana walaupun nilai emas itu kadangkala naik dan turun tetapi kita tidak mengalami kerugian ketika turunnya nilai emas malahan keadaan itu merupakan peluang kepada kita untuk memiliki emas dan apabila nilai emas itu naik maka kita akan memperolehi keuntungan daripada kenaikan tersebut. Ini tidak bermakna kita hanya memperolehi keuntungan daripada proses jual beli emas tersebut tetapi ada berbagai cara dan teknik lain lagi untuk menjana keuntungan melalui pelaburan emas. Anda akan mempelajari berbagai teknik untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas apabila anda telah menjadi salah seorang pelabur.

Apa yang paling menarik adalah, kenaikan dan penurunan nilai emas itu berlaku setiap masa. Ini merupakan satu berita yang amat baik untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas. Di sini saya tunjukkan kepada anda jadual kenaikan nilai emas dalam masa sebulan yang berlaku pada bulan March hingga April yang lepas.




Seperti yang anda dapat lihat di dalam jadual di atas, kenaikan harga emas meningkat sehingga 6% bagi setiap jenis emas. Ini bermakna dalam setahun, pelaburan emas mempunyai potensi untuk mencapai kenaikan lebih daripada 30%. Jika anda seorang pelabur yang bijak, pastinya anda merasakan pelaburan emas ini merupakan satu pelaburan yang paling menguntungkan berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang lain seperti ASB, ASN dan lain-lain.

Saya pasti ramai di kalangan anda telah menyimpan atau melabur wang anda di dalam ASB atau ASN atau Mutual Fund. Pastinya anda mengetahui sendiri berapa peratus yang anda perolehi dalam masa setahun. Adakah anda pasti, pelaburan wang anda pada waktu ini berada di platform yang betul dan menguntungkan?

Jika anda merupakan seorang pelabur yang bijak, sudah pastinya anda akan mencari platform pelaburan yang memberi pulangan yang menguntungkan. Anda mungkin merasakan bahawa, wang anda selamat sekiranya anda terus menyimpan wang anda di dalam fixed deposit atau ASB atau ASN atau Mutual Fund kerana wang anda di uruskan oleh pihak bank dan mereka sepatutnya lebih tahu dan lebih expert dalam menguruskan wang anda.

Adakah anda yakin anda telah membuat keputusan yang tepat dalam menguruskan kewangan dan pelaburan anda?

Adakah anda harus menyerah 100% keputusan kepada pihak bank atau kepada mereka yang di katakan pakar kewangan dalam menguruskan pelaburan anda?

Lihat contoh jadual di bawah dan nilailah sendiri.


Masih RAGU-RAGU mengenai PELABURAN EMAS?



__________________________________________________________

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA:
ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228

Rabu, 25 Januari 2012

CARA PAJAKAN EMAS DI AGRO BANK


Aug192010

PANDUAN MEMBUAT PAJAKAN EMAS DI AGRO BANK NILAI ...
PERSONAL BANKING » Loan / Financing » Ar-Rahnu AGRO BANK

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Pada (19/08/2010) rate emas 999.9 & 916 untuk gold bar & gold coin telah di revise seperti berikut:
·         Rate 999.9 (gold bar) = RM148.50/g (rate lama RM126/g)
·         Rate 916 (gold coin) = RM136.20/g (rate lama RM115/g)
Dan kadar pinjaman utk Gold Bar telah dinaikkan kepada 70% - dalam tempuh promosi




Kaedah diguna Nilai Marhun dan Upah Simpan



Harga Emas di Agro Bank Yang Ditawarkan :-
999.9 = RM126.00/gram
916.0 = RM115.50/gram


Cadangan Untuk Menggadai:-
  • 50 gram X 1 keping
  • 20 gram X 2 keping
  • 1 Dinar X 6 keping
Kali Pertama Menggadai:-
Anda akan dapat 60% sahaja pinjaman.

Kali ke-2 dan seterusnya:-
Anda akan dapat 70%  pinjaman
Langkah Permulaan :
Kita gadai  1 Dinar dahulu untuk mencukupkan syarat gadaian pertama.
Selepas itu, barulah kita gadai Emas-Emas  yang lain kini dah boleh dapat 70%!

_________________________________________________
Cara Pengiraan:-
Gadaian pertama:

1 Dinar = 4.25 gram

Nilai Marhun: 4.25 gram X RM115.50 = RM490.87
Pinjaman: 60% X RM490.87 = RM 294.00
Upah Simpan: (RM490.87/RM100) X RM0.60 = RM2.94/bulan
Murah!
Gadaian kedua:-

1 Dinar:-

Nilai Marhun: 5 X 4.25 X RM115.50 = RM 2,454.375
Pinjaman: 70% X RM2,454.375 = RM1,718.06
Upah Simpan: (RM2454.375/RM100) X RM0.70 = RM17.18/bulan

20 GRAM X 2 + 50 GRAM:-

Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00
Pinjaman: 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00
Upah Simpan: (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan
Jumlah Pinjaman: RM9950.00
Jumlah Upah Simpan: RM99.50/bulan

Akhirnya,tercapai juga hasrat gadaian pertama!
RM9950.00!

Peringatan:-
Setiap Emas dan Dinar dicadangkan buat resit berasingan, maksudnya disediakan  9 keping resit.

Tujuan:-
Senang untuk proses penjualan dan penebusan.

Tujuan mengadai emas untuk beli tambah Emas!!
Harga Emas akan selalu naik pada Bulan Ogos!

Website Agro Bank :- sini
Post tentang Kenaikan Harga Emas:- sini

________________________________________________
Catatan:

1. Emas jongkong dan public dinar mula mendapat tempat bagi pajakan dalam bank.

2. Harga pajakan dan upah simpan adalah berbeza-beza, kita kena buat pilihan masing-masing.

3. Pajakan menggunakan satu surat atau berlainan surat memberi impak besar kepada jumlah wang pajakan yang kita terima. Contohnya emas pada harga RM145.00, pajakan seunit emas 999 20 gram =RM1800 (setelah dikira 65%) anda hanya mendapat RM1800 dan 3 ketul pajakan berasingan hanya dapat sejumlah RM5400. Jika pajakan dibuat secara terkumpul, emas anda dikira 60g x RM145 x 65% = RM5600, ini berdasarkan pajak gadai yang memberi wang pajakan pada angka genap ribu dan ratus. Di sini kita ada beza keuntungan RM200.00

3. Pengalaman saya memajak menggunakan surat berasingan dan satu surat bagi pelbagai item tiada masalah untuk penebusan kerana emas public gold boleh dikeluarkan mengikut nombor id pada badan emas. pajakan yang saya buat hanya digunakan untuk membeli emas baru so tak ade masalah untuk buat penebusan.

____________________________________________________

JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228

___________________________________________________

Selasa, 17 Januari 2012

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia


Zaharuddin Abd Rahman
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 
emas oh emas
 
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
________________________________________________________
KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI KAMI......

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228

Isnin, 16 Januari 2012

Harga Emas Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang


Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

Pada tahun 2001, harga belian barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM143 segram!!
CONTOH - 1

 

Sejarah harga emas dari tahun 2000 hingga 2010

Harga emas pada Ogos 2000 = USD 275.45/oz
Harga emas pada Ogos 2010 = USD 1181.40/oz
Ini adalah kenaikan 328.90 % dalam masa 10 tahun (secara purata ialah 32.89% setahun)
CONTOH -2



Harga emas meningkat dalam jangka masa 5 tahun .....

Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Di dalam jangka masa panjang, emas menunjukkan peningkatan harga yang ketara. Mari kita lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun.

Kenaikan harga emas dalam masa 5 tahun

Gambar: Sejarah harga emas daripada tahun 2005-2010

Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 416.27
USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz (10/5/2010).

Ini adalah kenaikan 188.3% (bersamaan purata 37.66% setahun!).

Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun


Gambar: Graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun
 

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 255.95 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz (10/5/2010).

____________________________________________________

CARA KIRAAN PERATUS

SENARAI HARGA 14-01-2011

 SENARAI HARGA 05-12-2011

Kira kenaikan harga emas dan perak:
% kenaikan harga emas 50g  = ( RM 9638 - RM 7776 ) / ( RM 7776 ) * 100 = 23.94%

% kenaikan harga emas 100g  = ( RM 19185 - RM 15479 ) / ( RM 15479 ) * 100 = 23.94%

Apakah tujuan pelaburan itu ? 
Simpan emas kecairannya sangat tinggi. Anda boleh pajak dan gunakan ia untuk tujuan sementara
Simpan perak kecairannya sangat rendah buat masa ini. Sebab tiada lagi Ar-Rahnu di Malaysia yang menerima perak untuk pajak gadai lagi. Jadi untuk simpan macam biasa saja.

Pilihan di tangan anda.  Duit anda beli emas , emas jadi hak anda.
Tahun 2011 kenaikan HARGA EMAS 2011 HANYA 15.70%  





________________________________________________________
KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI KAMI......

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228



Jumaat, 13 Januari 2012

Soaljawab Mengenai Pelaburan Emas


Suzardi Maulan {Pakdi} adalah seorang Islamic Financial Planner (IFP) tm, dapatkan buku pertama beliau Rancang Wang Dari Sekarang terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd di kedai-kedai buku berhampiran. Mudah + Islami!


Isu pelaburan emas kini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu.

Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.




Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.

al rajhi bank

Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.

#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.

Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.

#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.



#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.

Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.



Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.


Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.

Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.

 ------------------------------------------------------------------------
KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI KAMI......

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228

Rabu, 11 Januari 2012

Pelaburan Emas Fizikal Di Malaysia (Berita TV9)



Keuntungan emas adalah lumayan dan pulangan yang tinggi.


------------------------------------------------------------------------
JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI KAMI......

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228

Jumaat, 6 Januari 2012

MELABURLAH DALAM EMAS LEBIH MENGUNTUNGKAN




LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP


SOURCE: KOSMO ONLINEPelaburan yang mendatangkan faedah dan bermanfaat kepada kita, emas adalah benda yang bernilai dan kukuh harganya berbanding dengan matawang negara dunia...

JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI KAMI......

ABD WAHAB BIN ABDULLAH -
PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ
(PG018391) : 012-4645228