Pakdi
Suzardi Maulan {Pakdi} adalah seorang Islamic Financial
 Planner (IFP) tm, dapatkan buku pertama beliau Rancang Wang Dari 
Sekarang terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd di kedai-kedai 
buku berhampiran. Mudah + Islami!
Isu pelaburan emas kini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu.
Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku 
Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan 
pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.
Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan 
dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam 
Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
- Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
 
- Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
 
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah 
dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan 
bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank,
 pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat 
pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. 
Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi
 B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian 
dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? 
Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. 
Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara
 umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami 
adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam 
mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung 
dari 
kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu 
menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang 
ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat 
disahkan 
akaun pelaburan emas yang halal. 
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan 
dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau
 tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam
 skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat 
ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam 
Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang 
mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan 
gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan 
skim pajak gadai Islam.
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu 
menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika 
berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan 
masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara 
online dapat dibuat selagi mana ia 
dibuat secara tunai.
 Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas 
sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti 
memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk 
memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (
actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (
constructive possession) pula berlaku apabila 
selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan 
emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa 
tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma 
satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga 
tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat 
tersebut.
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu 
menjadikan harga semasa emas
 sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua 
pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih 
tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga,
 maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit 
bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah 
riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya 
pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli 
berlaku.
Dalam jual beli 
online yang tidak membabitkan emas fizikal, 
maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak 
perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas 
pada transaksi online itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan 
pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu 
pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara 
online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi 
jual beli perak dan juga matawang.
 ------------------------------------------------------------------------
KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI KAMI......
ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052 
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267
TUNKU AZILAH BINTI TUNKU ABDUL AZIZ 
(PG018391) : 012-4645228