Selasa, 27 Disember 2011

SIMPAN EMAS DAN DINAR EMAS LEBIH BAIK

Assalamualaikum,

Sembang kita hari ni tentang Simpan Emas adalah lebih baik. Setiap orang punyai pandangan masing-masing. Cuba teliti perbandingan harga yang dijual oleh Public Gold, syarikat yang saya wakili.

Harga emas dan perak pada 29 Januari 2010


Harga emas dan perak pada 20 Februari  2011

Kira kenaikan harga emas dan perak:
% kenaikan harga emas 100g  = ( RM 15473 - RM 13022 ) / ( RM 13022 ) * 100 = 18.82 %
% kenaikan harga silver  1kg  =  ( RM 4278 - RM 2296 ) / ( RM 2296 ) * 100 = 86.32 %

Lagi tinggi ROI instrument pelaburan yang anda pilih lagi cepat wang anda akan digandakan.
           
Apakah tujuan pelaburan itu ? 
Simpan emas kecairannya sangat tinggi. Anda boleh pajak dan gunakan ia untuk tujuan sementara
Simpan perak kecairannya sangat rendah buat masa ini. Sebab tiada lagi Ar-Rahnu di Malaysia yang menerima perak untuk pajak gadai lagi. Jadi untuk simpan macam biasa saja.

Pilihan di tangan anda.  Duit itu duit anda bila beli emas , emas jadi hak anda. Tahun 2011 kenaikan KENAIKAN HARGA EMAS 2011 HANYA 15.70%   Kalau nak beli emas atau dinar emas jangan lupa hubungi saya ye. Jadi ejen pun admin boleh tolong mana yang patut.

---------------------------------------------------------------------
 JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267

Isnin, 26 Disember 2011

Beza Harga Jual dan Beli Produk Public Gold

Assalamualaikum,


Di sini saya senaraikan perbezaan antara Harga Beli dan Harga Jual bagi emas keluaran Pablic Gold




untuk produk goldbar 999.9
10 gram = 8%
20 gram = 6%
50 gram = 5.50%
100 gram = 5%
250 gram = 4.5%

untuk produk dinar/gold coin 916
1 Dinar = 6%
5 Dinar = 5.5%
10 Dinar = 5%


 PUBLIC JEWELLERY

D-Series 22K Jewellery 916
1 gram = 18%


---------------------------------------------------------------------
 JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267

Ahad, 25 Disember 2011

CARA MEMILIKI EMAS DENGAN MUDAH

Assalamualaikum,
Dinar Emas Kini sudah ramai orang telah sedar betapa pentingnya kita menyimpan kekayaan sebenar dalam bentuk emas. Emas ini kita boleh simpan samaada dalam bentuk jongkong emas public gold dan juga dinar emas public dinar.


 Dinar Emas


Jongkong Emas
Bagaimana cara kita nak miliki 1 dinar. Satu rahsia unggul yang banyak dari kite terlepas pandang. Oleh itu perlunya kita membuat PERANCANGAN atau PLANNING untuk menyuburkan ekonomi sesuatu umat. 

Sebelum kita memulakan sebarang pekerjaan dibumi Allah, mulakan dengan NIAT KERANA ALLAH dan diikuti dengan USAHA bersungguh2 maka kerja kita dah jadi Ibadah disisi Allah. Kalau kalau lontaran senyum kepada shabat dikira pahala sedekah, inikan kerja harian kita. Kerjaan kita menjadi sia2 kiranya tanpa niat kerna Allah, rugilah kehidupan kita.

Yang lebih mengutungkan sebagai umat Islam bila kita libat dalam sebarang perniagaan, bermakna kita melibatkan diri dalam Sunnah Rasulullah, maka diberi pahala lagi oleh Allah. Kalau dalam solat pahala antara orang berpakaian biasa dengan pahala orang yang meletakkan serba dikepada adalah lebih pahalanya.

Bagi penyimpan emas dan pengemar emas Allah tawarkan pehala yang lebih besar lagi dengan disedia ibadah ZAKAT(tambah) kepada mereka mereka diwajibkan untuk mengeluarkan ZAKAT. Ini bermakna satu ibadah yang senat telah bertukar menjadi Ibadah Wajib. Seperkara lagi yang menguntungkan kita sebagai umat Islam ialah kita tidak terlibat dengan sistem RIBA.

Kini kita kembali kepada PERANCANGAN KEWANGAN atau BAJET dengan lebih rapi untuk memiliki dan memunafaatkan dinar emar dan bar emas dari 1 Dinar dan seterusnya mampu kita miliki lebih dari itu, bahkan rumah bernilai lebih RM300,000.00 pun mampu kita miliki.

Mari sama2 kita kaji cadangan dan pandangan dari saya mudah2an memberi munafat kepada kita:

Katakan gaji saya adalah RM1500.00 sebulan. Lepas tolak belanja yang perlu saya guna pakai maka lebihan duit RM200.00.

Oleh itu cara mudah nak buat beli emas macam ni;

1: Gaji kita RM1500.00 tunai.

2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM720.00

3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas.

4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu ( dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadai.

5: Ar Rahnu akan beri kita pijaman dengan gadaian ini lebih kurang 60% pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM420.00 dengan upah simpan RM18.00 untuk 6 bulan.

6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.

7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM420.00 + RM18.00)/6 = RM73.00 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan .
Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.


Jangan kita hanya menjadi penonton keatas kemakmuran negara kita..rebut peluang ..meraih kekayaan dan menyimpannya dalam bentuk yang nilainya semakin naik sudah pasti...EMAS.

-----------------------------------------------------------

Untuk Tempahan Emas:
JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD  atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD 

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
INTRODUCER ANDA
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019-445 2267
Tunku Azilah : 012-4645228
http://wabillah2u.blogspot.com/

Jumaat, 23 Disember 2011

CARA MUDAH MEMBELI DINAR DAN EMAS DI CAWANGAN SELURUH MALAYSIA


Assalamualaikum,

Ramai sahabat saya di luar dari Kedah, yang ingin membeli emas. Tak perlu susah2 datang ke Kedah Pablic Gold mempunyai cawangan seluruh Malaysia.
Contoh di Johor 

Johor Bahru Branch
Public Gold Marketing Sdn Bhd
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
Johor.
Tel: 07-2358999
Fax: 07-2369916
Mobile : 012-4308916
Lain2 Cawangan Seluruh Malaysia




Langkah 2 : Membuat pesanan dan kunci harga “lock Price”



Jadi sebelum membuat pesanan  Maksud sebenar “lock Price”  kunci harga emas yang hendak dibeli bisanya kita kunci harga dikala harga emas jatuh.

Maksudnya, kita dah letak komitmen kita pada harga tersebut. So kalau harga emas naik ke, kita tetap dengan harga tersebut.

Contoh
katakan kita tengok dekat web public gold atau kat web saya ni sendiri...

 
lepas tengok harga emas kat atas kita rasa seronok dan teruja sebab harga tersebut boleh dikatakan murah! Lepas tu, kita boleh call Pejabat Pablic Gold di cawangan Johor atau call saya Wabillah 019-4452267 dgn kadar segera..

Saya tengok harga kat blog wabillah2u sekarang, jam 5.33 p.m, harga emas untuk 100gram ialah RM 19,487..Saya nak lock harga ini...komfom.."

Kemudian lepas dapat panggilan, Saya akan cek harga kat website. Betul tak dengan harga yang diberitahu oleh customer tadi. Jika sama, Wabillah akan lock harga emas tersebut dan detail-detail tertentu akan diminta sebagai tujuan rekod Public Gold.

Contohnya:
Lock guna sms 

Ikuti langkah mudah ini
Sama konsep dgn kita lock kita punya
cuma tulis nama customer

Nama penuh: WAN MAN WAN ABDULLAH
No IC :           5490514-02-5737
No Telefon :   012-2789484
Alamat : Lot 2125-34 Kg. Padang Balang , Sentul 51100 Wilayah Persekutuan (KL)
Alamat email : hjwanman@gmail.com
Maklumat bank (Nama bank dan no akaun anda) : Maybank
Stok Emas Yang Nak Lock :
PG0100gram x 1pc = RM17681.00,
PD0005dinar x 1pc = RM3642.00
Introducer: Abdul Wahab bin Abdullah (PG014052)
     Tulis nama introducer nama saya.

Harga emas akan berubah untuk setiap 20minit mengikut harga pasaran antarabangsa. Jadi kalau kita tengok harga emas tadi  pada pukul 5.33 p.m dan kita berpuas hati dengan harga tersebut. Kemudian, kita tengok jam di tangan pulak dah pukul 5.34 p.m. so seminit je lagi untuk harga tadi akan berubah.
 
Haa..kalau camtu baik call terus cepat2 dan cakap ringkas2 je..takut harga berubah makin tinggi..hehe. Contohnya macam price kat bawah ni lepas 20minit.


Jadi, kalau kita dah lock price untuk 100gram dengan harga RM19,487.00 iaitu selepas persetujuan oleh kedua-dua belah pihak (Saya dan customer) walaupun harga emas dah naik jadi RM19,512.00 macam gambar kat atas ni, jumlah yang perlu dibayar oleh customer hanyalah RM19,487.00 dan bukanlah RM19,512.00...

Dapatkan borang pesanan emas dalam email kita bayaran boleh dibuat dibank yang berdekatan atau terus ke Pejabat Pablic Gold untuk bayaran dan ambil emas yang dipesan.


CONTOH SALE ORDER DARI PUBLIC GOLD YANG AKAN ANDA TERIMA SETELAH BUAT TEMPAHAN EMAS NAK JADI AHLI
CARA RESIT BAYARAN DITULIS.
BORANG PESANAN

Sebenarnya ini adalah salah satu kelebihan Public Gold, iaitu boleh lock harga bila-bila masa. Contohnya, bila tengah-tengah malam kita tengok harga tengah murah, masa tu kita boleh lock price tersebut. Best kan!

Tapi bila kita dah lock price tersebut, kalau harga emas turun/jatuh macam mana? Haa..kalau harga emas turun, kita kena la jugak bayar pada harga RM19,487.00 ok!! Sebab kedua-dua pihak tadi dah bersetuju dengan harga tersebut. Kalau tak, nama anda pula akan di blaclist oleh Public Gold..

TETAPI... anda jgn risau bila harga jatuh sikit..jgn mudah panik...ini kerana,

"Fakta emas membuktikan,walaupun emas jatuh harga, tetapi dia akan mencecah harga yang dia pernah cecah atau lebih dari harga yang pernah cecah.."

Jika ada sebarang komen atau ilmu yang nak dikongsi,bolehlah komen di blog ini atau hubungi saya..saya bekerja 29jam sehari untuk anda..sedarlah sebelum terlambat..

Untuk Tempahan Emas:
JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD  atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD 

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
INTRODUCER ANDA
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019-445 2267
Puan Wan Nodrim : 019-4442267
Tunku Azilah : 012-4645228
http://wabillah2u.blogspot.com/

Kos Haji Berkurang Jika Pakai Dinar Emas


Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan Haji dengan mengerjakan rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.
Firman Allah swt bermaksud, Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah:196). Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga.
Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas mengalami penurunan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun.. Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar..
Graf Kos Haji vs Harga Dinar Emas
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.


Harga dinar emas Public Dinar
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping (tengok gambar Harga Public Dinar) x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos haji : Berita Harian
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

“Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.”
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita untuk umat Islam.

Sumbangan
Zarul Azkief Bin Che Zulkifli
Master Dealer (A0480)



 --------------------------------------------------------------------

 JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267



Khamis, 22 Disember 2011

Cara Kira Zakat Emas Dan Perak

Salam,
Nasihat dari saya : Setiap kerja yang kita buat niatkan ibadah, bagi emas demikian juga simpan atau berniaga emas segeralah niat untuk mengeluar zakat (menambah), barulah urusan kita dalam emas mendapat keberkatan daripada Allah. Lagi banyak kita simpan lagi banyak kita berpeluang berzakat.
Allah berserta orang2 beriman.

NISAB
Emas : 20 Misqal @ 85gram
Perak : 200 Dirham @ 595gram

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan/tidak dipakai. Menepati syarat wajib zakat, maka zakat perlu dikeluarkan sebanyak 2.5% dari nilai semasa.

Contoh Emas Simpan:
Berat : 100gram.
Nilai emas semasa setiap gram = RM150.00.
Nilai Emas Semasa : 100g x RM150 = RM15,000.00
Zakat yang wajib dibayar : RM15,000.00 x 2.5% = RM375

Contoh Perak
:
200 Dirham @ 595gram
Harga Semasa Perak setiap dirham : RM16
Nilai Perak : 200dirham x RM16 = RM3,200.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3,200.00 x 2.5% = RM80.00
Emas Perhiasan @ yang dipakai. Emas yang dikenakan zakat ialah emas yang melebihi tahap kebiasaan perhiasan(Uruf). Kadar Uruf ini adalah berbeza-beza mengikut tempat dan negeri. Sila sila semak Uruf negeri masing-masing sebagai rujukan.

Contoh :
Uruf Negeri Kedah : 85gram
Emas perhiasan yang dimiliki : 100gram
Baki yang dikenakan zakat : 100gram – 85gram = 15gram
Harga Emas Semasa setiap gram: RM150.00
Harga Emas : 15g  x RM150 = RM2,250.00
Zakat yang wajib dibayar : RM2,250.00 x 2.5% = RM56.25

Sumber Rujukan :
Johor  -  www.maij.gov.my
Kedah  -  www.zakatkedah.com
Kelantan  -  www.e-maik.my
Melaka  -  www.izakat.com
Pahang  -  www.muip.gov.my
Perak  -  www.maiamp.gov.my
Selangor - www.mais.net.my
Terengganu  -  www.maidam.terengganu.gov.my
Negeri Sembilan  -  www.zakatns.com.my
Wilayah Persekutuan  -  www.zakat.com.my
 
 --------------------------------------------------------------------

 JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267

 

Selasa, 20 Disember 2011

Beli stok emas guna wang bayaran hutang pinjaman peribadi, rumah, kereta dan kad kredit


PENEGASAN : FIKIR BETUL-BETUL SEBELUM MEMBUAT KAEDAH INI.
Disedia oleh : PENDITA EMAS


Salam,
Pada malam ini PE keluarkan teknik rempit pelbagai yang digunakan untuk menambah stok emas menggunakan wang hutang rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, kereta setiap bulan atas permintaan rakan-rakan.

Di sini PENDITA EMAS (PE) menyediakan carta rempit pelbagai (buat overlap pajakan + tambah stok emas setiap bulan)


Keterangan jadual 1

1st stok, 2nd stok dan 3rd stok merupakan group stok
Warna kuning - kiraan untuk proses overlap dan bayar hutang pajakan stok pertama
Warna hijau - zon kiraan overlap dan bayar hutang pajakan stok pertama dan kedua
Warna biru - zon kiraan overlap dan bayar hutang pajak stok pertama, kedua dan ketiga.

Keperluan awal membuat rempit pelbagai

1. Mempunyai wang bayaran bulanan hutang rumah/kereta/pinjaman peribadi/bil-bil utiliti (PE punya bil utiliti bulanan RM600/bulan munasabah bukan, mengalahkan bayaran hutang kereta isteri RM550.00)
2. Sediakan wang topup atau backup Sifir untuk menggunakan wang hutang bulanan RM500 kena sediakan topup RM250, Jika mahu menggunakan RM1000 kena sediakan RM500 setiap bulan. Bermakna beli emas RM500 kena ada modal RM750 dan kalau RM1000 kena sedia RM1500
3. Bermatlamat mengumpul jumlah gram sebanyak mungkin dan sedia menjual bila harga emas mendadak naik sampai puncak.
4. Bersemangat dan sedia membuat kerja rumah selalu

Step1

Langkah mengendalikan program (gunakan genapan RM1000 melalui wang hutang kereta)


Keterangan Rajah 2
1. Buat pembelian barang emas dengan nilai RM1000. Kemudian pajak ambil 50% (anggaran dapat RM500). RM500 tuan topup lagi RM500 dari wang sendiri. Tuan kena sediakan RM1500 daripada wang hutang kereta sebenar RM1000)

Diringkaskan dengan rajah:

Wang hutang kereta-->beli emas-->pajak 50% -->topup RM500 lagi--> Kos sebenar anda
RM1000---------------> RM1000-->RM500------> +RM500-------------> RM1500.00

Buat langkah sama sehingga 6 bulan kiraan diperolehi:

stok 6 emas x RM1000 =RM6000
Hutang pajak RM500   =RM3000
Hutang upah simpan     =RM24 x 6 bulan =RM144
Topup RM500x6 bulan =RM3000

Secara terkumpul ini senario aset dan liabiliti kena selesaikan.

Akhir pusingan pertama =Stok emas RM6000
Topup RM500 x 6 bulan = Hangus RM3000
Hutang belum bayar= RM500 x 6 bulan =RM3000
Hutang upah simpan =RM24 X 6 bulan = RM144
Lihat rajah untuk menilai profit dan liabiliti

Step 2

Jika mahu menyelesaikan hutang pajakan stok mengikut bulan matang dan tambah stok gunakan cara berikut


Keterangan:

1. Masuk bulan 7 kita membawa sehelai kertas pajak 50% (RM500) dan hutang simpan (RM4 x6 bulan)=RM24 dengan nilai RM524.00

2. Buat overlap stok 1 bulan 1 dengan nilai pinjaman baru 60%RM600.00) dengan overlap ini kita dapat lebihan overlap RM76.00(RM600-RM524)

3. Dalam bulan 7 mulakan masuk stok 2 menggunakan RM1000 dan follow senario sama dengan proses stok pertama sehingga bulan 12 dengan setiap bulan overlap stok 1 (bulan 1 hingga 6) dan tambah gram emas.

Step 3


masuk bulan 13 hingga 18, setiap bulan stok 1 overlap (70%), stok2 (60%) dan masuk emas baru sebagai stok 3 mengikut proses kemasukan emas stok 1 dan 2

Seterusnya buat sampai mendapat teknik yg mantap. selamat mencuba

Rumusan:

Harga emas 999 hari ini Pendita Emas JUAL rM177.10/g dapatlah 5.65g jika menggunakan RM1000. Produk paling sesuai ialah sebentuk cincin belah rotan. Jila mengambil kira arrahnu nilai pajakan tertinggi ialah agrobank RM208 segram. Jika kita pajak 5.65g x RM208 x 50% anda dapat nilai RM587.60. Bermakna kaedah penerangan hari ini sangat bersesuaian dan tepat.




Sekian , terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada PENDITA EMAS yang bersedia memberi ilmu untuk dikongsi bersama.  Selamat mencuba.

 --------------------------------------------------------------------

 JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD

HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267







Ahad, 18 Disember 2011

Kelebihan Produk Public Gold

Oleh : Amir Firdaus (Master Dealer)

www.inspirasiemas.com

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya kepada saya, emas mana lagi bagus??Jawapannya, belilah emas mana2 pun asalkan ianya adalah emas. Kenapa emas?? sebab kenaikkan harga emas secara puratanya adalah sekitar 20-30% SETAHUN. Tapi kalau tanya saya produk mana nak dibeli? Saya akan pilih PUBLIC GOLD.
Untuk makluman semua, Public Gold telah bertapak kukuh di Malaysia sejak tahun 2008. Pada ketika itu, Public Gold hanya terdapat di Bukit Jambul, Pulau Pinang dan Lebuh Bishop (Branch) juga di Pulau Pinang.
Eh?? Sejak 2008?? Kenapa macam baru tau je ni?? Ha..perkara yang sama juga berlaku kat saya. Saya mula membeli emas Public Gold pada tahun 2009 iaitu selepas setahun Public Gold bertapak di Pulau Pinang..haha..Saya yang selalu pergi jalan2 kat Shopping Complex Bukit Jambul pon tak perasan ada Public Gold kat situ. Bukan saja slalu pegi jalan2 tapi dulu selalu pergi karaoke kat situ (sebelah je dengan Public Gold) tapi tak jugak perasan kata ada kedai emas Public Gold..isk isk isk..
Ok berikut adalah sebab2 kenapa perlu pilih Public Gold.

1. Jongkong Emas yang paling murah di Malaysia

Cuba anda bandingkan harga emas Public Gold dengan Harga Emas di kedai emas! Kita ambil 10gram sebagai contoh: Jika kita lihat harga emas Public Gold 10gram, harganya adalah RM 1,953.00 iaitu sekitar RM195.30/gram bagi emas 999.9










Jika kita lihat harga emas di www.fgjam.org.my harganya adalah jauh lebih tinggi iaitu RM208.00/gram bagi emas 999 iaitu perbezaan sebanyak RM12.70 segram.
Kalau kita beli emas 1 gram memang nampak macam sikit je..setakat RM12.70 tu apa la sangat kan?? tapi takkan nak beli emas 1 gram je?? rasanya cincin pon paling ringan dalam 3-5gram kot..


2.Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah


Maksudnya kat sini, kalau kita nak beli emas, sila rujuk harga PG Sell (Public Gold juai) dan kalau kita rasa kita nak pakai duit, atau dah pun untung, kita rasa nak jual balik emas kita tu, sila rujuk harga PG Buy (Public Gold beli balik emas tu dari kita)
Perbezaan harga ini sebenarnya agak rendah berbanding harga emas di kedai emas yang lain.
  • 10gram – 8% [ Perbezaan harga RM1953.00 (PG Sell) dengan RM1797.00 (PG Buy)]
  • 20gram – 6%
  • 50gram – 5.5%
  • 100gram-5%
  • 250gram -4.5%



3. Anda akan memiliki emas fizikal


Sudah semestinya BELI EMAS , DAPAT EMAS! Itu yang kita mahukan.!! sebab apa??sebab nya kalau jadi apa2 kat company ni ke tak pun nak pakai duit segera ke..emas ni ada kat tangan kita!! betul tak? :)
Ramai org takut nak beli emas sebab takut kena tipu..Sebab tu kena pilih company yang dah stable contohnya macam Public gold ni..



4. Terdapat sistem tempahan secara online selama 24jam (syarikat pertama di Malaysia)

Untuk sementara waktu, sistem ini tergendala buat sementara waktu.

5. Anda boleh menempah harga emas tertentu. (Lock Price)

Disebabkan harga emas naik turun setiap masa, jadi anda sebenarnya boleh ‘lock price’ pada bila2 masa saja. Sebagai contoh, jika kita rasa macam nak beli emas pada harga RM793.00 bagi emas 1 dinar, kita boleh sms @ email @ call mana2 dealer @ Public Gold dengan menghantarkan maklumat seperti berikut:
  • 1. Nama Penuh
  • 2. i/c
  • 3. Emas dan Kuantiti
  • 4. No talipon
  • 5. alamat emel
  • 6. Nak ambil kat mana/branch mana


Lepas dah ‘lock’ tu, kira si pembeli dan si penjual bersetuju dengan harga tersebut. Jadi kalau naik ke turun ke harga emas lepas di ‘lock’ tu kira harga emas tetap kita ambil pada harga RM793.00 bagi emas 1 Dinar. Paham kan?

6. Memberi jaminan membeli balik emas mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok

Kalau kita lihat gambar disebelah kiri ni, adalah contoh emas 20g gold bar keluaran Public Gold yang telah dibuka sarungnya. Namun begitu, walaupun dah dibuka sarungnya, Public Gold tetap akan beli balik emas ni mengikut harga belian semasa selagi mana beratnya masih maintain sama.






Gambar kat sebelah kanan ni pulak adalah contoh emas Pamp Suisse 10g yang tidak dibuka sarungnya. Untuk makluman, bagi emas keluaran ini, jika dibuka sarungnya, harga emas tersebut akan jatuh 10% (bergantung kepada kedai emas tersebut) Sebab tu saya tak buka sarung dia..biar macam tu je la..teringin pulak nak pegang emas tu tanpa sarung..hehehe




7.  stok sentiasa ada


Disebabkan Public gold ada kilang sendiri, jadi takde masalah nak bekalkan emas kepada customer. Harga emas tinggi ke harga emas rendah ke bekalan tetap ada untuk semua customer.

8. Mempunyai Sijil ketulenan Emas yang sah


Kalau kita tengok gambar kat sebelah kiri ni, dekat situ ada signature assayer.  Assayer ni adalah org yang bertanggungjawab untuk tentukan emas ni tulen ke tak tulen ke mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau tulen baru la emas beserta sijil tu dikeluarkan.
ha satu lagi, Abdul Shukor Anuar ni bukan la si Syukor yang dok bagi ceramah pasal emas tu yang tu nama dia syukor hasyim. heheh..kalau dia yang sign dah tentu dia cakap emas tu tulen.

Assayer ni adalah orang berkecuali. tak ada apa2 kepentingan terhadap Public Gold.

9. Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual)



Sebut saja Public Gold, sekarang ni mesti ramai dah tau..mana taknya, sekarang ni hampir setiap negeri dah ada branch Public Gold. Lebih mudah, lebih meyakinkan.
Mana taknya, kalau dulu, nak beli emas Public Gold ni mesti kena turun Penang. Tapi sekarang ni tak payah susah2 turun Penang. Nak emas ja boleh terus pergi ke cawangan Public Gold tak pon boleh call mana2 dealer inspirasiemas yang tersenarai kat website ni..







10. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer yang berkelayakan (mencipta rekod “The Malaysia Book of Records”)


11. Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah)

Hah, disebabkan emas ni cantik, so boleh la bagi sebagai hadiah. Kalau ada niat nak bagi hadiah tu boleh la bagi kat saya ya.. :)
Kepada mereka yang belum berkahwin dan ada rasa macam nak berkahwin tu, apa kata kita tukar trend bagi hantaran dalam bentuk emas??
Harga pun tak jatuh, bini pun sayang..heehe


Sekian, Assalamualaikum..



JIKA BELI EMAS PUBLIC GOLD atau
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD
HUBUNGI SAYA
 ABD WAHAB BIN ABDULLAH - PG 014052
PERTANYAAN CALL ATAU SMS - 019 445 2267