BAGAIMAN MEMULAKAN PELABURAN EMAS

Pelaburan Emas


Bismillah,

Salam sahabat emas…Dewasa ini masih ramai yang tidak tahu nak memulakan pelaburan emas. Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana. Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.

Persoalan yang ditimbulkan antaranya:
Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ?

Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?

Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?

Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?


Baiklah, kita tinggalkan persoalan di atas kerana jawapannya tidak penting sama sekali. Apa yang penting tindakan, tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana. Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala. So tugas kita semua sampaikan pada mereka yang belum  mengenai tentang pelaburan emas.

Bagi meneruskan cerita emas pada kali ini, saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.
  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas. Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya. Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.

SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN HIDUP ANDA - INSYAALLAH

Untuk Tempahan:
Hjh. Wan Nodrim : 019-4442267
Hj. Abd Wahab : 019-4452267
Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis Lain-lain kawasan secara courier @ pos