Khamis, 6 Oktober 2011

Kewajipan Ber- Zakat

Rukun Islam Ke-empat
  
Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34) 

 
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

HIKMAT ZAKAT 1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru). 5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.